BMW Malaysia rakan automotif CIMB Classic 2016

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Kumpulan BMW Malaysia yang menjadi rakan premium CIMB Classic bagi tahun ketujuh berturut-turut hari ini dengan rasminya menyerahkan kunci BMW 740Li, BMW 328i Gran Turismo, BMW X3 xDrive20d dan BMW X4 xDrive28i untuk digunakan sebagai kereta rasmi di kejohanan CIMB Classic 2016 yang akan datang.

Cik Natasha Karim, Ketua Pemasaran BMW Malaysia berkata, “Kami gembira kerana sekali lagi menjadi rakan automotif rasmi bagi kejohanan CIMB Classic pada tahun ini. Setelah menjadi rakan automotif premium bagi kejohanan ini selama enam tahun berturut-turut, kami di BMW Malaysia percaya bahawa kejohanan profesional ini adalah yang paling berjaya dan berprestij bagi sukan golf di rantau ini.”

Cik Natasha menambah bahawa Kumpulan BMW yang telah memulakan penglibatan dalam sukan golf profesional sejak dari tahun 198 sehingga kini masih meneruskan komitmennya terhadap sukan tersebut di seluruh dunia. Katanya, “Komitmen kami terhadap sukan golf bermula daripada tahap amatur menerusi program BMW Golf Cup International, iaitu kejohanan amatur golf yang terbesar dan paling berprestij di dunia, hinggalah  kejohanan tahap profesional seperti CIMB Classic, yang merupakan acara pertama yang diiktiraf oleh PGA TOUR di Asia Tenggara. Kami diwakili di semua kejohanan golf terkemuka di serata dunia.”

Barisan kenderaan BMW akan digunakan untuk membawa para pemain, urusetia, serta VIP yang akan berada di Malaysia sepanjang kejohanan. Sehingga kini, seramai 67 pemain yang secara keseluruhannya telah memperoleh 156 kemenangan dalam PGA TOUR telah menyatakan kesanggupan untuk menyertai CIMB Classic, diketuai oleh ahli World Golf Hall of Fame, Vijay Singh dan Ernie Els. Turut menyertai dua lagenda golf ini adalah Adam Scott, Justin Thomas, John Deere dan Kevin Chappell.

Kumpulan BMW Malaysia juga akan mempamerkan keempat-empat kenderaan tersebut di serata kawasan kejohanan semasa acara diadakan. Kenderaan yang akan dipamerkan termasuklah BMW 740Li, BMW 520i M Sport, BMW 328i Gran Turismo dan BMW 220i Gran Tourer. BMW 740Li yang serba baru ini juga merupakan hadiah bagi ‘Hole-in-One’ di kejohanan ini.