Yamaha SR400 Yard Built Supercaj khas dari mekanik Rossi

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Sepanjang tiga tahun lepas program Yard Built Yamaha telah bekerja dengan pembina kustom yang terbaik di dunia untuk menghasilkan rekabentuk segar bagi pelbagai model motosikal dalam siri Sport Heritage Yamaha. Kerjasama terkini, dengan pembina Belgium Fred 'Krugger' Bertrand untuk membawa projek ini ke tahap yang baharu keseluruhannya sejarah MotoGP dibayangi kepada Yamaha SR400 kustom itu. Fred (kanan gambar) memilih untuk mengambil inspirasi daripada kawan rapatnya Bernard Ansiau yang merupakan seorang mekanik MotoGP untuk Valentino Rossi. 2016_yam_sr400krugger_eu_custom_sta_005_03 2016_yam_sr400krugger_eu_custom_sta_001_03 2016_yam_sr400krugger_eu_custom_det_019_03 2016_yam_sr400krugger_eu_custom_det_019_03 Walaupun itu sudah cukup untuk meletakkan Bernard sebagai salah seorang mekanik paling dicemburui, sejarak karier beliau juga dipenuhi bersama lagenda lain, setelah sebelum ini menyediakan jentera perlumbaan untuk penunggang hebat Yamaha seperti Wayne Rainey, Kenny Roberts, Randy Mamola dan Norick Abe. Fred dan Bernard bersetuju untuk mengambil Yamaha SR400 sebagai asas, dan kemudian membawa semangat perlumbaan tahun 1970-an sebagai satu penghormatan kepada jentera Yamaha TZ dan juga untuk menandakan kerjaya Bernard. Enjin kecil SR400 ini mendapat beberapa pengubahsuaian yang serius, yang paling ketara ialah Aisin 300 supercaj lengkap dengan kebuk kemasukan kustom. Sistem ekzos keluli tajhan karat dilengkapi oleh karburetor S & S 48mm bagi menggantikan sistem suntikan bahan api. Fork depan indah digilap telah diturunkan dan diseimbangkan dengan satu set penyerap kejutan Fox di bahagian belakang. 2016_yam_sr400krugger_eu_custom_det_013_03 2016_yam_sr400krugger_eu_custom_det_008_03 2016_yam_sr400krugger_eu_custom_det_007_03 2016_yam_sr400krugger_eu_custom_det_002_03 Tangki minyak SR400 standard telah dikekalkan, tetapi diolah menjadi lebih sempit  dan unit ekor kustom menyembunyikan semua komponen elektrik. Skema warna Speedblock Yamaha biru dan putih, dengan nama-nama semua pelumba dalam karier perlumbaan Bernard ditulis sebagai hiasan reka bentuk. Di bawah tempat duduk belakang juga terdapat penghormatan kepada Doktor VR46 sendiri. Untuk maklumat lanjut, lawati www.krugger.net