Tambang TEKS1M lebih murah, teksi lebih baharu

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Harga tambang Teksi 1Malaysia (TEKS1M) akan diturunkan bermula bulan depan. Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Mohd Azharuddin Mat Sah berkata struktur tambang untuk TEKS1M akan diperkemas bagi penyesuaian dengan tambang bajet semasa. "Armada TEKS1M yang sedia ada akan mempunyai pilihan untuk kekal pada struktur tambang sedia ada sehingga habis had umur kenderaan itu," katanya dalam satu laporan oleh theSundaily yang dilaporkan Shahrim Tamrin. Pada masa ini, tambang TEKS1M bermula daripada RM4, dengan surcaj 30 sen untuk setiap 200m manakala teksi bajet bermula dari RM3 dengan 25 sen bagi setiap 200 meter. Caj berasaskan masa untuk teksi bajet adalah 25 sen bagi setiap 36 saat manakala caj 30 sen bagi setiap 36 saat dikenakan oleh TEKS1M. [caption id="attachment_16370" align="alignnone" width="1280"]slider11-1280x500 Gambar asal oleh Eric - Autofreaks[/caption] Teksi bajet baru juga akan dijenamakan semula sebagai TEKS1M dengan imej warna merah dan putih mulai bulan depan. Ia adalah sebahagian daripada penjenamaan semula TEKS1M dan proses memperkemaskan teksi bajet di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP). Armada TEKS1M baru tidak lagi akan berwarna emas dan coklat. Teksi bajet sedia ada bagaimanapun tidak akan melalui penjenamaan semula itu. Mereka akan kekal dengan warna sedia ada - sama ada kuning, merah dan putih, atau hijau. Penjenamaan semula ini hanya untuk teksi baru, terutama mereka yang mendapat lesen pengendali teksi individu baru. Teksi sedia ada hanya akan melalui penjenamaan semula itu apabila permit teksi mereka tamat dan mereka yang memandu Proton Iswara mesti mendapatkan kepada teksi baharu dengan penarafan minimum keselamatan tiga bintang Asean NCAP. Di bawah peruntukan dana RM150 juta oleh kerajaan sebagai "wang benih" untuk pemandu teksi, pemilik teksi baharu yang dianugerahkan lesen pengendali teksi individu oleh SPAD akan dibenarkan untuk membeli model baharu selain daripada kereta Proton. Dianggarkan sekitar 25,000 lesen operasi individu baru akan dikeluarkan kepada pemandu teksi yang mempunyai rekod prestasi yang baik dalam tempoh lima tahun akan datang dengan SPAD dengan kira-kira 2,000 lesen individu baru yang akan dianugerahkan menjelang akhir tahun. Difahamkan bahawa SPAD dan Kementerian Kewangan sedang berunding dengan institusi kewangan untuk menyediakan pakej pinjaman menarik kepada pemandu teksi serta memudahkan kelulusan permohonan. Deposit RM5,000 untuk membeli teksi baru hanya akan diberikan kepada pemandu teksi yang telah memperoleh pinjaman bank. Mohd Azharuddin juga mengesahkan bahawa sistem tambang zon yang diwartakan semasa Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan sebelumnya, akan dihentikan secara beransur-ansur. "Tambang Zon akan digantikan dengan pengiraan berdasarkan jarak untuk memastikan keselarasan dan keadilan kepada pemandu teksi di terminal dan lapangan terbang," katanya, sambil menambah bahawa pemandu teksi digalakkan untuk menggunapakai tempahan berdasarkan aplikasi untuk meningkatkan kecekapan mereka sendiri. Sistem tambang berdasarkan zon kini diamalkan oleh Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Skypark Subang, KL Sentral, selain pintu masuk antarabangsa di Semenanjung dan pusat membeli-belah di Lembah Klang.