Station wagon terbaharu Mercedes amat luas

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Model station wagon keluaran pelbagai jenama telah lama menjadi kegemaran peminat kereta. Kini Mercedes-Benz sekali lagi tampil dengan station wagon E-classnya yang terbaharu dengan  rupabentuk menarik dan juga ruang dalaman yang luas. Wwalaupun dengan rekabentuk bumbung yang sporty, ruang kargo berjaya dimaksimakan untuk mencapai 1820 liter, dengan kapasiti beban sehingga 745kg. Mercedes-Benz E-Class Estate (BR 213), 2016 Mercedes-Benz E-Class Estate (BR 213), 2016 Mercedes-Benz E-Class Estate (BR 213), 2016 Tempat duduknya juga boleh disusun mengikut kesesuaian penumpang, dengan nisbah pembahagian ruang 40: 20: 40, dengan pintu elektromagnetik Easy-Pack. Varian permulaan yang ditawarkan ialah E 200, dengan 135 kW/184 hp dan E 220 d (143 kW/194 hp). Terdapat juga varian dengan enjin diesel empat silinder baharu. Suspensi angin belakang adalah standard, sesuai untuk menarik trailer jika diperlukan, serta beberapa sistem bantuan pemanduan elektronik seperti bantuan brek aktif (Active Brake Assist), Drive Pilot (opsyen) and Remote Park Pilot (opsyen). Mercedes-Benz E-Class Estate (BR 213), 2016 Mercedes-Benz E-Class Estate (BR 213), 2016 Mercedes-Benz E-Class Estate (BR 213), 2016