Bateri BMW i3 rangsang C-evolution

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
E-skuter BMW C -Evolution akan dilancarkan di Mondial de L'Automobile, Paris 2016. BMW Motorrad mempunyai cukup pengetahuan untuk membina skuter yang menyeronokkan. BMW C650 Sports dan GT telah dibuktikan berjaya ditunggang seiring dengan motosikal sports, dan kini C-Evolution memberikan sentuhan kuasa elektrik dengan pakej  iPerformance. C-Evolution ini datang dengan dilengkapkan bateri kapasiti tinggi daripada i3 untuk prestasi yang lebih baik. Terdapat dua model dalam barisan C-Evolution baharu yang direka untuk menarik kemasukan penunggang baharu ke dalam dunia beroda dua. Dalam bentuk penuh kuasa Long Range, ada kuasa sebanyak 19 kW (26 hp) untuk kelajuan tertinggi 129 km / h (80 mph), iaitu sebanyak 8 kW (11 hp) lebih tinggi dari model terdahulu, walaupun kedua-dua  skuter lama dan baru sama kuasa puncaknya iaitu 35 kW (47 hp). bmw-c-evolution-electric-scooters-17 bmw-c-evolution-electric-scooters-14 bmw-c-evolution-electric-scooters-16 bmw-c-evolution-electric-scooters-22 Bateri 94-Ah dari i3 ini menjanjikan 160 km (99 batu) dari satu pengesasan penuh, iaitu peningkatan sebanyak 60 km (37 batu) pada model lama. Versi Eropah turut ditawarkan, kurang berkuasa dan direka untuk memenuhi batasan lesen memandu A1. Ada 11 kW (15 hp) kuasa yang berterusan dari motor, dengan puncak 35 kW yang. Halaju ditambat pada 120 km / h (75 mph), dan jarak kira-kira 100 km (62 mph) yang ditawarkan daripada pek bateri. BMW juga telah berusaha untuk memperbaiki butiran komuter elektrik. Kabel pengecasan bersepadu kini lebih kecil berbanding sebelum ini, dan satu set warna dan trim kemasan baharu memberi peluang untuk pembeli memperibadikan tunggangan mereka. Selain pilihan trim, tidaj banyak yang berubah pada C-evolution ini. Paparan warna sama yang memenangi hati begitu banyak peminat di model lama terus digunapakai, dan hendal serta dan kedudukan tempat duduk masih sama. C-evolution ini telah sedia ada di Eropah dan UK, tetapi model model baharu ini akan membuat penampilan perdana mereka di Mondial de L'Automobile, Paris 2016. bmw-c-evolution-electric-scooters-1 bmw-c-evolution-electric-scooters-2 bmw-c-evolution-electric-scooters-3 bmw-c-evolution-electric-scooters-5 bmw-c-evolution-electric-scooters-6 bmw-c-evolution-electric-scooters-7 bmw-c-evolution-electric-scooters-8 bmw-c-evolution-electric-scooters-9 bmw-c-evolution-electric-scooters-10 bmw-c-evolution-electric-scooters-11 bmw-c-evolution-electric-scooters-12 bmw-c-evolution-electric-scooters-13 bmw-c-evolution-electric-scooters-14 bmw-c-evolution-electric-scooters-19 bmw-c-evolution-electric-scooters-20