Tertangguh pula pengeluaran Apple Titan.....

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
iPhone 7 mungkin akan mula dijual pada bulan hadapan di Malaysia, tetapi kereta buatan Apple mungkin mengambil masa beberapa tahun lagi. “Project Titan” merupakan rancangan Apple untuk membuat jenama keretanya sendiri untuk bersaing dengan syarikat teknologi tinggi lain seperti Tesla, Google dan Uber, yang masing-masing mempunyai perancangan kereta berautonominya tersendiri. Berita terbaharu dari akhbar New York Times mengatakan bahawa syarikat Apple telah menutup sebahagian dari kemudahan projek itu dan memberhentikan ramai pekerjanya. Ia berikutan kegagalan Apple untuk menawarkan  kelebihan yang menyerlah berbanding syarikat lain yang juga berhajat untuk membina kereta sebegitu. original_324535_qyti96fagvzxlao1n8jayh5rk project_titan1 Lebih dari setahun yang lepas, khabar angin mengatakan yang Apple telah mengambil beberapa jurutera-jurutera kenderaan (terutamanya dari syarikat Tesla) untuk bekerja untuk syarikat itu. Tetapi pada bulan November tahun lepas Johann Jungwirth, bekas pekerja syarikat Mercedes-Benz, meninggalkan Apple untuk bekerja dengan Volkswagen dan pada bulan Januari pula, Steve Zadesky, bekas pekerja Ford, meninggalkan Apple kerana sebab-sebab peribadi. Pada bulan itu juga, akhbar angin mengatakan Apple telah menghentikan pengambilan pekerja untuk Project Titan. Nampaknya seperti ada masalah dibelakang tabir. ......