Pemenang emas Rio juga kan terima kondominium

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Naza Corporation Holdings mengumumkan ganjaran tambahan untuk atlet Malaysia yang memenangi pingat emas di Rio Paralimpik 2016, iaitu pemberian sebuah suite kediaman di Trion 888, Equine Park, sebagai tambahan kepada kereta Kia Sportage setiap seorang seperti yang telah diumumkan semalam. Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata "Para emegang saham kami berbangga dengan atlet paralimpik Malaysia kita. Sebagai sebuah syarikat tempatan, Naza akan terus memberi ganjaran kepada para juara dengan suite kediaman di Trion 888, Equine Park sebagai tambahan kepada Kia Sportage serba baharu setiap satu." SM Nasarudin membuat pernyataan itu dari Rio, Brazil hari ini. "Naza Corporation Holdings sentiasa komited dengan sukan. Tahun ini sahaja, kami telah menaja pertandingan terbesar skuasy wanita di peringkat antarabangsa iaitu Kejohanan Skuasy Naza-PSA Dunia Wanita. Kami juga akan menjadi penaja platinum utuk KL Games 2017 akan datang. " trion-1 Trion 888, yang terletak di Equine Park, Seri Kembangan sedang dibangunkan oleh Naza TTDI Sdn Bhd, cabang hartanah Naza Corporation Holdings. Berharga RM350,000, suite kediaman seluas 450 kaki persegi dan mempunyai kemudahan lengkap kolam renang, bilik serbaguna, gimnasium, bilik persalinan, lif, kemudahan dobi dan surau. Pembangunannya dijangka siap pada akhir 2017.