Athlet paralimpik kan terima Kia Sportage

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Naza Corporation Holdings akan memberi ganjaran kepada atlet Malaysia yang memenangi pingat emas di Rio Paralimpik 2016 dengan Kia Sportage serba baharu setiap seorang, demikian yang diumumkan oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, SM Nasarudin SM Nasimuddin hari ini. en-sm-nasarudin "Saya amat berbangga dengan atlet paralimpik Malaysia kita yang berjaya membawa pingat emas kepada negara. Sebagai sebuah syarikat tempatan, Naza akan memberi ganjaran kepada atlet Malaysia tempatan kita yang memenangi emas di Rio Paralimpik 2016 dengan Kia Sportage serba baharu setiap satu," kata SM Nasarudin yang membuat kenyataan itu dari Rio, Brazil hari ini. SM Nasarudin kini menerajui Majlis Paralimpik Malaysia sebagai presiden. Dengan pencapaian ini di Rio, beliau berkata, pemenang pingat emas bukan sahaja menyemarakkan semangat atlet lain tetapi semua rakyat Malaysia. "Atlet paralimpik kita di Malaysia telah menunjukkan keberanian mereka walaupun apa jua. Ini adalah bagaimana kita tunjukkan bahawa Malaysia Boleh!" Sehingga kini, Mohd Ridzuan Mohd Puzi dan Ziyad Zolkefli memenangi pingat emas pertama negara di Sukan Paralimpik dalam acara 100m dash lelaki manakala Ziyad membawa pulang satu lagi emas dengan memenangi acara lontar peluru lelaki dengan mencatat rekod dunia baru. Ridzuan mencatat masa 12.07 saat memecahkan rekod Paralimpik 12.25 saat yang dipegang oleh pelari Ukraine Roman Pavlyk sejak 2008 di Beijing. Ziyad mencatat lontaran jarak 16.84m untuk memecahkan rekod dunia 16.59m dipegang oleh athlet Australia Todd Hodgetts sejak 2007 dan memperbaiki pencapaian gangsa yang dimenanginya di London empat tahun lalu.