Lazareth LM847 gila hebat!

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Tampak ganas? Dengar bunyinya saja dalam video ini dah cukup mengujakan! Kita mungkin sudah biasa melihat jentera sendeng tiga roda (boleh panggil motosikal....?) seperti Piaggio MP3, Yamaha Tricity dan juga Gilera Fuoco di atas jalanraya Malaysia. Malahan Yamaha juga telah mempersembahkan model konsep jentera sendeng empat roda seperti Tesseract, yang secara teknikalnya merupakan sebuah 'quadricycle' namun Yamaha telah menggelarnya sebagai "motosikal 4-roda" lazareth-lm847-leaning-four-wheeler-02 lazareth-lm847-leaning-four-wheeler-03 lazareth-lm847-leaning-four-wheeler-04 lazareth-lm847-leaning-four-wheeler-06 Namun begitu kita tentunya tidak pernah melihat sebuah jentera yang begitu mengancam seperti Lazareth LM 847 ini.  Ia sebenar benarnya merupakan sebuah kenderaan sendeng empat roda berkuasa enjin Maserati yang diilhamkan oleh beberapa pemikir paling gila di Perancis . Kenderaan 400kg adalah dari segi konsepnya seperti Dodge Tomahawk, yang memaparkan enjin V10 dari kereta sports Viper Dodge. Konfigurasi quad bersendengnya kelihatan hampir sama dengan konsep Yamaha Tesseract dari segi visual mahupun teknikal. Dan sebagi satu kelainan, bahagian ekornya diambil seratus peratus dari Ducati Panigale 1299 . Janaan kuasa 470hp adalah begitu mudah dari enjin V8 4.7 liternya, dan ia nya seberat hampir 400kg. Seperti yang anda boleh kita jangkakan, jentera unik ini tentunya berkemampuan melakukan banyak perkara yang mengujakan. Menariknya, masa depan jentera sendeng empat roda seperti Lazareth LM 847 ini adalah agak cerah, dengan minat yang ditunjukkan Honda, Kawasaki, Yamaha yang juga sedang membangunkan kenderaan sendeng pelbagai roda. Walaupun kita mampu mengandaikan bahawa syarikat Jepun tidak akan menghasilkan sesuatu yang terlalu menonjol seperti Lazareth ini, tetapi bukankah idea gila gila ini yang merupakan sebahagian dari daya tarikan LM 847 ini, kan? Setuju? [gallery columns="4" ids="16295,16296,16297,16298,16299,16300,16301,16302"]