CLA generasi baharu lebih lawa

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Turutan kejayaan pelancaran Mercedes-Benz A-Class generasi baharu pada bulan Mac tahun ini, Mercedes-Benz Malaysia hari ini memperkenalkan pula CLA generasi baharu yang merevolusikan segmen kereta kompak premium di Malaysia. CLA adalah Coupé premium empat pintu dalam segmen saiz pertengahan saiz. Garis ekspresif luar biasa nya digabungkan dengan kedua-dua permukaan cekung dan cembung bagi memberi CLA penampilan avantgarde, dengan sifat sporty dan mewujudkan kesan balikan cahaya yang berbeza-beza. "Generasi CLA baharu ini merupakan coupé empat pintu yang pasti mencuri perhatian di mana sahaja ia pergi," kata Naib Presiden Mercedes-Benz Malaysia, Mark Raine. Dengan kehadiran model ini, Mercedes-Benz menetapkan standard baru dalam reka bentuk ekspresif. mark-raine-vice-president-sales-marketing-mercedes-benz-malaysia-at-the-launch-of-the-new-generation-cla-at-mercedes-benz-center-singapore-2 Antara beberapa pembaharuan CLA ini adalah 1. gaya sporty berpenampilan pembaharuan dari AMG Line. 2. hiasan agresif AMG Line menjadi rekabentuk luaran model CLA ini. 3. rekaan dinamik AMG Line dari apron bumper depan dan belakang, panel cemat kaki tepi (side sill panels), gril jeriji bebentuk berlian dengan pin krom, dan sistem ekzos kembar yang bertatahkan krom. 4. ketinggian yang direndahkan dengan sistem suspensi sports 5.  trim krom pada bampar belakang CLA 200 dan pada pakej Night CLA 250 Sport 4MATIC dengan hujung ekzos bersepadu rata (flush) 6.  roda aloi ringan berbilang jejari 18-inci AMG intuk CLA 200 dan 19-inci AMG pada CLA 250 Sport 4MATIC. 7. cakera brek bertebuk dan angkup berlambang Mercedes-Benz. 8. sarung tempat duduk dan trim baharu serta butang kawalan bersalut krom 9. skrin media 8-inci pada papan pemuka 10. CLA 200 dan CLA 250 Sport 4MATIC dilengkapkan sistem Audio 20 dengan CLA 45 dipasang sistem COMAND Online. 11. instrumentasi dihias  jarum merah dan rupa baharu untuk memudahkan bacaan cepat 12. hiasan krom pada suis pintu, suis kawalan tempat duduk dan lain lain 13. CLA 45 AMG 4MATIC dilengkapi kotak gear baharu AMG DYNAMIC SELECT dengan ratio pendek AMG SPEEDSHIFT DCT-7 kelajuan. 13. elemen trim hitam gentian mikro DINAMICA dan tempat duduk sports kulit ARTICO buatan manusia / gentian mikro DINAMICO, serta stereng sports dengan bahagian bawah yang rata dan pemegang gear bersalut kulit bertebuk Dengan kuasa maksimum 381bhp, tork pada 475Nm, model CLA 45 AMG 4MATIC adalah antara model empat pintu kompak yang paling berkuasa dalam segmennya, yang berupaya memecut dari 0-100km/j dalam hanya 4.2 saat namun hanya membakar 6.9-liter setiap 100km, menjadikan ia salah satu kereta buatan AMG yang paling efisyen. CLA ini ditawarkan pada harga berikut: CLA 200 - RM236,888 CLA 250 Sport 4Matic - RM278,888 CLA 45 4Matic - RM408,888 mark-raine-vice-president-sales-marketing-mercedes-benz-malaysia-at-the-launch-of-the-new-generation-cla-at-mercedes-benz-center-singapore-1