Ingin memandu sebuah Airbus?

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Siapa yang tidak pernah berangan-angan dan memikirkan tentang kereta terbang? Syarikat kapalterbang Airbus mungkin akan menjadikan impian dan angan-angan ini suatu kenyataan tidak lama lagi. Kumpulan Airbus sedang menjalankan penyelidikan yang dinamakan Project Vahana iaitu rancangan untuk membangunkan tapak untuk “penghasilan kenderaan terbang berautonomi bagi cargo dan persendirian”. Ujian penerbangan dijangka akan diadakan pada hujung tahun 2017. Sama seperti dron penumpang, ia akan menggunakan pengesan dan pengelak halangan yang kita biasa lihat pada Mercedes-Benz E-class - walaupun sekarang penerbangan tanpa juruterbang adalah dianggap salah disisi undang-undang penerbangan dunia. Walaubagaimanapun, Civil Aviation Authority of Singapore atau jabatan penerbangan Singapura iaitu akan membuat Singapura menjadi bandar pertama didunia yang akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan dron skala penuh yang dipanggil CityAirbus pada pertengahan 2017.  Dron ini akan menerbangkan beberapa penumpang dan terbang secara kawalan jauh oleh juruterbang. Rodin Lyasoff, eksekutif projek di Airbus, berkata, “dalam tempoh 10 tahun sahaja, kami akan berupaya menghasilkan produk yang akan mengubah cara pergerakan di bandar untuk berjuta manusia di dunia.” Science fiction illustration of a future city street with space cruiser and other aerial traffic overhead in hazy sunshine, 3d digitally rendered illustration.