Rio baharu kan tampil di Paris

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Pada 29 September nanti, model terbaharu KIa Rio akan dipamerkan di 2016 Mondial de l’Automobile, iaitu pertunjukkan kereta baharu di Paris. Kia Rio generasi ke-4 ini akan menunjukkan rekabentuk dalaman dan luaran terbaharu syarikat Kia, yang menjadi hasil kerja pereka-pereka bentuk di pusat rekabentuk Kia diseluruh dunia, terutamanya di Jerman dan US, yang bekerjasama rapat dengan pusat rekabentuk utama di Namyang, Korea. 4th Generation Kia Rio_Exterior Rear Quarter Rendering Garisan lurus dan permukaan yang lancar memberikan Rio terbaharu ini rupa yang mempunyai karekter unik, bahagian depan dan bonnet yang lebih panjang, jarak antara tayar juga lebih luas, tiang C yang tegak, memberikan kemunculan yang lebih yakin dan seimbang dari model Rio sekarang. Kia mahu memberi pembeli Rio baharu ciri praktikal dan juga teknologi keselamatan yang terunggul dalam segmennya, ciri ketersambungan yang terbaharu dan juga pemanduan yang mantap. Rio adalah model terbaik syarikat Kia dari segi penjualan, mencatatkan jumlah penjualan serata dunia lebih dari 473,000 unit di sekitar tahun 2015. Generasi terbaharu ini akan dipasang pada hujung tahun 2016 untuk pasaran Eropah, diikuti dengan pasaran lain. 4th Generation Kia Rio_Interior Rendering