Pengedar Isuzu terima pengiktirafan

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Sembilan pengedar Isuzu baru-baru ini telah diiktiraf sebagai Pusat Servis Sah Trak Tugas Sederhana-Berat (MHD) Isuzu. Setiap pengendali cawangan-cawangan tersebut menerima plak pengiktirafan masing-masing daripada Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia, Kenji Matsuoka, yang telah memuji usaha mereka dalam membantu Isuzu meningkatkan lagi aspek kepuasan pelanggan. Cawangan-cawangan itu ialah Automotive Corporation Malaysia (ACM), Indah Utara Auto, Jumbo Arena dan Ultra Gallant di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang. Mereka menjadi pengedar terawal untuk mencapai status tinggi dalam program ini. Dengan pensijilan tersebut, cawangan-cawangan itu dengan secara rasmi dikenali sebagai pusat servis trak utama Isuzu. Ia mampu mengendalikan semua kelas trak Isuzu, terutamanya trak tugas sederhana seperti Forward dan model trak tugas berat, Giga. Beberapa buah cawangan lain juga dijangka mendapat persijilan masing-masing tidak lama lagi. Semua cawangan telah berjaya memenuhi piawaian kelayakan baharu yang ditetapkan oleh pasukan teknikal Isuzu. Syarat piawaian itu menetapkan supaya setiap cawangan mestilah berupaya memenuhi keperluan trak tugas berat dengan menyiapkan alat ganti yang banyak. Di samping itu, setiap cawangan harus memiliki pasukan juruteknik yang bertauliah dan terlatih untuk menyelenggara serta membaik pulih trak tugas berat. Mereka juga perlu menunjukkan keupayaan dari segi teknikal ketika menggunakan peralatan diagnostik yang canggih. “Sebagai jenama peneraju trak di Malaysia, kami mempunyai tanggungjawab bukan sahaja untuk menyediakan infrastruktur sokongan kepada pelanggan, serta meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan kami. Sembilan buah cawangan MHD ini jelas membuktikan komitmen kami dalam memastikan tahap kepuasan pelanggan sentiasa terpelihara. Ianya selari dengan prinsip-prinsip Kaizen kami,” kata Kenji. Menurut Isuzu, dengan adanya cawangan-cawangan utama ini, pelanggan-pelanggannya boleh mendapatkan sokongan yang efisyen dan profesional di sepanjang laluan pengangkutan penting di Malaysia, terutamanya di lebuhraya utara-selatan dan kawasan Pantai Timur. Lokasi cawangan terbabit cukup penting bagi memastikan trak jarak jauh boleh mendapatkan bantuan teknikal atau penyelenggaraan yang pantas dan  mudah, memandangkan mereka kerap berada di laluan berkenaan. “Demi memenuhi jadual yang ketat, adalah amat penting buat para pelanggan kami untuk terus bergerak secara efektif dan efisyen. Dengan menempatkan sokongan di lokasi yang strategik, kami boleh memastikan mereka akan mendapat penjagaan trak yang profesional dan mudah,” tambah Kenji. MHD Centre 1