Renault Fluence Edisi Terhad

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Inginkan kereta sedan berunsur Formula One? Renault Fluence Formula Edition ialah model edisi terhad terbaharu dari TC Euro Cars yang menampilkan gaya unik.  Komponen khas pada bahagian luar termasuklah lima keping body kit, pelekat berwarna biru dan merah yang istimewa, peredam serta rim aloi berwarna dua tona hitam. Berbeza dengan rim dua tona berwarna perak pada versi standard. Sementara ruang kabin Renault Fluence edisi istimewa ini menampilkan kemasan hitam berkilat dan tempat duduk kulit berwarna merah manggis (maroon) yang menggantikan warna hitam. Renault Fluence Formula Edition dijana oleh enjin petrol 2.0-liter yang dipadankan dengan kotak gear automatik CVT X-Tronic. Ia menjana kuasa maksimum 143PS pada 6000rpm dan tork puncak 195Nm pada 3750rpm. Renault Fluence edisi terhad ini menampilkan gaya luaran dan dalaman yang menyerlah, dan ditawarkan sempena kembalinya Renault untuk bersaing dalam perlumbaan Formula Onew sebagai sebuah pasukan rasmi dan dijangka beraksi pada acara Malaysian Grand Prix 2016 pada bulan depan. Antara spesifikasi utama Renault Fluence Formula Edition: Sistem multimedia Renault R-LINK dan paparan skrin sentuh bersaiz tujuh inci bersama navigasi binaan dalam Ketersambungan USB dan kit Bluetooth bebas tangan bersama ciri pemain semula muzik Kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, dengan ciri kunci automatik sebaik sahaja pemandu berlalu pergi Kawalan suhu automatik dan corong pendingin hawa di belakang ESP (Electronic Stability Program) dengan ASR (kawalan cengkaman) Enam beg udara (hadapan, sisi dan jenis curtain) Cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX pada kerusi belakang Kawalan jelajah dengan pengehad kelajuan Tali pinggang keledar 3 poin yang boleh dilaras ketinggiannya dengan ciri pra-regangan Pintu akan dikunci secara automatik apabila kenderaan bergerak pada kelajuan 10km/j dan ke atas Ruang but 530 liter – antara yang paling besar dalam kelasnya – boleh ditingkatkan dengan tempat duduk belakang berkonfigurasi 60:40. Renault Fluence Formula Edition juga dijual dengan jaminan pengeluar dengan jarak perjalanan tanpa had. Jaminan ini disokong sepenuhnya oleh Renault dan tidak dikendalikan oleh mana-mana syarikat insurans. Maka, terma dan syarat serta alat ganti yang dilindungi adalah konsisten dari tahun pertama pemilikan sehinggalah tempoh jaminan itu tamat. Renault Fluence Formula Edition ditawarkan pada harga RM126,688 (di atas jalan termasuk GST, tanpa insurans untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia sahaja). Dua pilihan warna diberikan – hitam metalik atau putih mutiara. Renault Fluence Formula Edition_1