Ford Transit Baharu yang Lebih Berkeupayaan

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Pengendali pengangkutan dan organisasi di Malaysia kini mempunyai lebih banyak pilihan dengan van tingkap Ford Transit berkapasiti 14 tempat duduk serba baharu. Dikuasai enjin diesel Duratorq 2.2 liter yang mampu menghasilkan kuasa 155PS dan tork 385Nm, van tingkap Transit ditala untuk keselesaan penumpang serta dinamik pemanduan yang biasanya boleh didapati pada sebuah kereta bagi kegunaan di bandar lebuh raya. Pengedar Ford, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) melancarkan van tingkap Transit baharu untuk pengendali perniagaan, organisasi dan jabatan kerajaan yang perlu mengangkut ramai orang serta mahukan sebuah van komersial yang lebih berkeupayaan, selesa, efisien dan memiliki rangkaian ciri keselamatan komprehensif. Jentera ini dikuasakan oleh enjin turbo diesel Duratorq bersesaran 2.2 liter. Enjin itu menawarkan kuasa mencecah 155PS dan tork 385Nm. Sama seperti Transit yang lain, enjin TDCi itu dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan. Rangkaian ciri keselamatan yang ada pada Ford Transit baharu termasuklah penambahan pemijak sisi kuasa yang akan memanjang dan dimasukkan semula apabila pintu gelungsur dibuka dan ditutup. Manakala pintu belakang dengan bukaan 180 darjah bersama dua langkah bukaan 90 dan 180 darjah nyata memudahkan akses dan mengangkut barang. Ciri keselamatan canggih yang lain termasuklah Electronic Stability Programme dengan Fail Boost Support, mitigasi terbalik, alat pengesan parkir pada bahagian hadapan dan belakang, tali pinggang keledar tiga poin untuk semua penumpang serta cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX di tempat duduk baris kedua. Mungkin Ford Malaysia akan membawa masuk Transit baharu yang lebih cantik dari model sedia ada yang ditunjukkan di bawah....? 1249098245660