Cegah Kemalangan Sewaktu Perjalanan

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Kemalangan jalan raya adalah punca utama kecederaan dan kematian seluruh dunia. Apabila kemalangan berlaku, organisasi di mana anda bekerja terpaksa menanggung kerugian dari segi kewangan dan modal insan. Menyedari hakikat ini, Givi Asia Sdn Bhd dengan kerjasama daripada Perkeso, Monash University & Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Selangor telah mengadakan seminar yang bertajuk 'Bagaimana untuk Mencegah Kemalangan ketika Berulang-alik ke Tempat Kerja'. "Kami amat bimbang dengan kadar yang tinggi kemalangan yang melibatkan pekerja yang berulang alik ke tempat kerja. Oleh itu, sebagai sebuah syarikat antarabangsa yang sinonim dengan keselamatan jalan raya kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan pihak-pihak di atas untuk mendidik tenaga kerja di Malaysia mengenai langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko dan insiden yang membawa kepada kemalangan semasa menunggang ", kata Pengarah Urusan GIVI Asia Sdn Bhd, On Hai Swee, Antara peserta ialah wakil daripada kilang-kilang di kawasan Hulu Selangor dan syarikat dari Kuala Lumpur seperti Perodua, TNB, Ingress, Tan Chong Motors, APM dan banyak lagi. GIVI berharap modul latihan ini boleh diguna pakai oleh syarikat-syarikat di Malaysia dan bersedia untuk bekerjasama dengan pihak yang berminat untuk mengadakan usaha sama di organisasi mereka. DSC_0042 DSC_0046