Kempen kenali titik buta bagi pemandu trak Volvo

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Volvo Malaysia Sdn Bhd (Volvo Trucks) hari ini menguatkan lagi kesedaran mengenai menjaga keselamatan ketika memandu atau menghadapi trak besar di jalan raya dengan kempen "Tahu Tempat Buta Anda" dan inisiatif "Berhenti, Lihat & Lambai". Kedua-dua inisiatif untuk peserta dan penonton ini dilancarkan pada pertandingan  Fuelwatch Challenge Volvo Trucks, pada pertandingan pemanduan trak Lafarge Malaysia Berhad yang julung kali diadakan. Pertandingan yang diadakan di MAEPS dan dianjurkan dengan kerjasama Volvo Trucks itu memberi tumpuan kepada pembangunan pemandu kompeten dengan menyediakan kemahiran teknikal dan memupuk tingkah laku pemanduan yang selamat. "Kenali Tempat Buta Anda" merupakan kempen dan aktiviti berkaitan yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan pengguna jalan raya dan pemandu lori bagi mengenal pasti tempat tersorok dan mengamalkan etika jalan raya yang betul. Ia bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan pemanduan yang selamat dan cara-cara untuk mengelakkan kemalangan titik-buta di samping menggalakkan mereka untuk lenih peka dengan kehadiran pengguna jalan raya yang lain. Kempen ini juga mendidik semua pengguna jalan raya yang lain mengenai langkah-langkah yang diperlukan untuk mengurus dan mengurangkan risiko peribadi mereka sendiri dengan memahami bintik buta sekitar sebuah trak. "Berhenti, Lihat & Lambai" pula menjurus ke arah meningkatkan kesedaran kanak-kanak agar berkelakuan selamat dalam trafik melalui penggunaan kit latihan yang dibangunkan khas untuk golongan muda ini. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada kempen global Kumpulan Volvo, yang menawarkan latihan interaktif dan bahan untuk kanak-kanak dan warga pendidik, pemimpin kumpulan belia, pegawai polis dan mereka yang terlibat dengan kanak-kanak. Pic03 Pic01 Pic04 "Keselamatan merupakan perkataan utama dalam warisan jenama dan budaya Volvo, dan ia adalah sebahagian daripada DNA kami," kata Mats Nilsson, Pengarah Urusan Volvo Malaysia Sdn Bhd "Kami percaya bahawa langkah pencegahan adalah yang terbaik. Selain daripada membina trak paling selamat, kami juga menggalakkan inisiatif seperti 'Kenali Tempat buta anda' dan 'Berhenti, Lihat & Lambai' untuk mewujudkan kesedaran dan mendidik orang ramai mengenai keselamatan jalan raya. " Untuk maklumat lanjut, anda boleh sampai ke Pusat Khidmat Pelanggan Volvo Trucks Malaysia di 012-3731030 / 019-2401030 atau layari rasmi laman Volvo Trucks Facebook Malaysia di www.facebook.com/VolvoTrucksMalaysia. Pic06 Pic09 Pic10