Leona Chin ke podium Clio Cup lagi

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Pelumba Malaysia Leona Chin mengukuhkan reputasinya sebagai pelumba perempuan utama Asia apabila mencapai penyudahan tempat kedua di Renault Clip Cup China Series di Litar Antarabangsa Shanghai pada Ahad lepas. Ini adalah kejayaan podium keempat berturut-turut beliau di litar yang berbeza, setelah menguasai Zhuhai (China), Seoul (Korea) dan Buriram (Thailand) pada awal tahun ini. Bercakap kepada media pada satu temu bual selepas perlumbaan mengenai peluangnya untuk menang , Leona berkata, "Pemenang Perlumbaan 7 dan 8 Kenneth Lim merupakan pesaing hebat dan saya  amat menghormati beliau. Saya gembira dengan persembahan saya hari ini tetapi yang pasti saya masih boleh lakukan lebih baik, dan tidak sabar-sabar untuk perlumbaan seterusnya. " Leona Shanghai 4 Leona Shanghai 2 Clio Cup Siri China adalah perlumbaan satu-pengeluar (one-make) yang memaparkan Renault Clio dan berlangsung di China sejak tahun 2009. Pada asalnya ia dimulakan oleh Renault Sport di Eropah, dan dianjurkan oleh Formula Racing Development (FRD) di China, Clio Cup Siri China adalah siri perlumbaan satu-pengeluar yang memaparkan kereta supermini Clio. Edisi 2016 diadakan di 12 pusingan di Litar Antarabangsa Zhuhai, Litar Antarabangsa Korea, Litar Antarabangsa Chang, Litar Antarabangsa Chengdu, Litar Antarabangsa Shanghai dan Litar Antarabangsa Zhejiang. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.frdsports.com/en/ClioCup