Persona dilancarkan - harga dari RM46,800

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Akhirnya selepas sembilan tahun, model sedan popular Proton, Persona, kembali sekali lagi untuk mempersonakan rakyat Malaysia.

Persona generasi kedua ini mendapat pengiktirafan 5-bintang dalam ujian perlanggaran Asean NCAP, berdasarkan keputusan Iriz kerana undang-undang NCAP antarabangsa membenarkan varian dari model yang sama berkongsi keputusan yang sama.

Penggunaan bahan api pula ialah 5.6L/100km pada kelajuan 90 kmsj (ujian dari Proton sendiri).

Banyak yang telah dikongsikan mengenai Persona 2016 ini, cuma gambaran keseluruhan rasmi yang tidak dipertontonkan.

Menggunakan enjin 1.6L VVT dari Iriz yang diubah talaan untuk tugasan yang lebih sesuai sebagai sebuah sedan keluarga, Proton menyediakan empat varian kepada pasaran.

  • 1.6L Manual Standard - RM46,800
  • 1.6L CVT Standard - RM49800
  • 1.6 CVT Executive - RM55,800
  • 1.6L CVT Premium - RM59,800

Berikut ialah spesifikasi enjin - 1.6L VVT DOHC 16 injap, tenaga maksima 107 hp pada 5,750 rpm dan tork pada 150 Nm pada 4,000 rpm.

Semasa pelancaran, hanya aksesori bodykit berharga RM1,000 yang ditawarkan. kemungkinan besar pakej aksesori lain akan disediakan selepas ini.

Pembelian yang dilakukan sebelum 30 September 2016 akan mendapat pakej servis dan alatganti percuma selama tiga tahun.

Persona baharu menjanjikan tanda aras baharu untuk Proton dari segi penghalusan (refinement) dan NVH (Bising, Gegaran dan Kekasaran). Apa yang pemandu dan penumpang dapat rasakan ialah sebuah kereta yang jauh lebih senyap, lancar dari segi penyampaian tenaga dan pengurangan gegaran dari sumber mekanikal ataupun dari keadaan jalanraya.

[gallery columns="2" size="medium" ids="15331,15330,15329,15328"]

Penggunaan "mounting point" atau pemegang enjin dikurangkan dari empat kepada tiga dan talaan rapi untuk setiap titik pemegang itu dan "torque rod" di bawah enjin adalah antara punca mengapa Persona ini jauh lebih senyap dan selesa.

Selain dari itu, talaan pada TCU (Transmission Control Unit atau komputer kawalan untuk transmisi) yang memastikan kelajuan enjin tidak melampau agar gegaran dan bunyi bingit tidak lagi wujud.

Ia adalah Proton yang paling senyap pernah Careta cuba (untuk model-model keluaran Proton sendiri).

Di bawah ialah senarai penambah-baikan yang pernah Careta tulis dahulu mengenai Persona ini.

  • Ia meminjam platform Proton Iriz, tetapi pelbagai perubahan dilakukan untuk memastikan Persona ini lebih sesuai sebagai kereta keluarga serbaboleh
  • Seperti dijanjikan, kadar Noise, Vibration and Harshness (Bunyi, Gegaran dan Kekasaran) telah diturunkan, menjadikan ia model Proton paling “refined” (diperhalusi). Tidak melampau sekiranya Careta katakan ia adalah tanda aras terbaharu dari Proton.
[gallery columns="2" size="medium" ids="15301,15303,15300,15302"]
  • Alatan “romantic” pada sebuah kereta ialah stereng, tuil gear, batang handbrake dan pedal kaki kerana kesemua itu akan sering disentuh oleh tangan dan kaki kita. Oleh itu, ia tidak boleh terasa murah dan Careta rasa ramai akan bersetuju nanti bahawa keempat-empat komponen tersebut sudah lebih refined dan kurang gegaran. Malah, barulah kita boleh katakan Proton sudah setanding dengan buatan lain, mungkin lebih baik.
  • Kabin dalam bahagian depan memaparkan tema dwi-tona (dual tone) di mana bahagian bawah papan pemuka dan konsol tengah di antara dua tempat duduk hadapan datang dengan warna kelabu cerah, sementara bahagian lain kekal hitam. Hasilnya, ia nampak luas!
  • Ruangan dalam lengkap dan mewah. Persona baharu mempunyai aksesori dalam seperti dua USB di konsol tengah, balutan kulit untuk model Premium, tujuh tempat pemegang gelas, penghadang cahaya matahari, penggilap cermin hadapan tanpa bingkai (frameless wipers) dan banyak lagi.
[gallery size="medium" ids="15306,15305,15304"]
  • Dimensi luaran Persona 2016 sebenarnya lebih kecil dari Persona sebelum ini (yang diasaskan dari Gen2). Tetapi, ruang dalaman lebih besar dan ia lebih praktikal.
  • Walaupun kecil, ruang but Persona 2016 ialah 510 liter, jauh lebih besar dari saiz but terdahulu pada 430 liter.
  • Hasil dari pengurangan saiz tersebut, Persona 2016 ini 10 peratus lebih menjimatkan dari Persona lama (versi automatik/CVT). Untuk varian manual, Persona baharu ini 13 peratus lebih menjimatkan.
  • Persona 2016 mempunyai lampu ECO pada konsol meter untuk membantu pemandu memandu dengan cara yang menjimatkan bahan bakar.
  • Enjin 1.6L VVT dari Iriz ini ditala semula untuk kelancaran hantaran tenaga yang lebih santai, tetapi masih sporti.
  • Persona ini lebih cepat! Pecutan dari 0 – 100 kmsj untuk Persona 2016 ini pula ialah 10.9 saat, Persona sebelum ini memerlukan 12 saat untuk mencapai kelajuan 100 kmsj.
  • Ujian yang Careta pernah lakukan dengan Persona 2016 dalam satu sesi rahsia bersama pihak R&D tempohari ialah ia mampu mencapai kelajuan melebihi 180 kmsj.
  • Persona 2016 menggunakan brek belakang dari jenis dram. Walaupun begitu, ia mampu berhenti lebih cepat dari Persona lama yang menggunakan brek cakera pada keempat-empat roda. Dari ujian Proton, Persona 2016 memerlukan jarak 41.4 meter untuk berhenti dari 100 kmsj ke 0 kmsj. Persona dahulu mengambil jarak sejauh 44.6 meter.
[gallery size="medium" ids="15309,15310,15311"]
  • Sistem gantungan Persona 2016 sama dengan Iriz, iaitu pegas MacPherson di hadapan dan pegas torsion (torsion beam) di belakang. Berbanding dengan Persona lama yang menggunakan sistem multi-link di belakang, Persona 2016 masih mampu memberikan pengendalian yang lancar dan stabil.
  • Sistem ESC dan Traction Control ialah alat keselamatan standard pada semua varian Persona 2016.
  • Sistem ESC atau Electronic Stability Control oleh Persona ini dibuat dengan usahasama syarikat teknologi Jerman terkenal, Continental. Tidak seperti model-model lain di dalam kelasnya, Persona 2016 menggunakan sistem ESC dua peringkat – pengurangan tenaga dari enjin dan sistem brek. Hasilnya, ia jauh lebih “senyap” dan tidak menyentap apabila ESC masuk dan mengawal kenderaan. Kebanyakan kereta pada peringkat ini menggunakan ESC kawalan brek yang memberikan kejutan dan sentapan agresif bila ia bertindak.
  • Walaupun sistem ESC pada Persona 2016 boleh ditutup secara manual dengan menekan butang ESC, ia akan bertindak untuk “on” atau hidup semula apabila kelajuan melebihi 120 kmsj. Dahulu, pada Iriz, Preve dan Suprima S, sistem ESC tidak akan “on” semula sehingga melangkaui batas 150 kmsj.
  • Menurut Mohd Azizi Abu Hashim, jurutera yang diberi tanggung-jawab untuk pengendalian (ride and handling) Persona 2016 ini, fokus sistem gantungan pada Persona 2016 ialah sesuatu yang menyeronokkan, dan tidak terlalu agresif seperti Iriz kerana Persona mempunyai julat pengguna yang lebih matang.
  • Lampu hadapan Persona ialah jenis halogen biasa dengan reflektor yang sesuai.
  • Meter pada konsol dashboard juga sudah berlainan kerana sudah ada lampu Eco yang akan memberitahu pemandu bahawa gaya pemanduan beliau menjimatkan minyak.
  • Semasa ujian, rata-rata pengamal media bersetuju Proton sudah mencapai tahap “refinement” yang setanding dengan pemain antarabangsa yang lain dalam harga julat sama yang lebih tinggi. Dari segi pengendalian, semua yang mencubanya terasa terkejut dengan penegdalian neutral dan bersahaja oleh Persona 2016. Di ajak bermain, ia mengikut. Di ajak duduk, ia jinak. Di ajak bersantai, ia menurut.
[gallery size="medium" ids="15312,15313,15314,15315,15316,15317,15318,15319,15320,15321,15322,15323,15324,15325,15326,15327"]