Kerjasama kereta autonomi Volvo dan Uber

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Jenama kereta premium Sweden, Volvo, dan jenama kongsi naik kenderaan Uber, akan menjalin kerjasama untuk menghasilkan kereta-kereta panduan autonomi. Kedua-dua syarikat ini telah menandatanagani perjanjian untuk menjalankan projek perkongsian usahasama yang akan menghasilkan kenderaan-kenderaan asas baharu yang akan menggunakan perkembangan terbaharu dalam teknologi AD, termasuk penghasilan kenderaan yang mempunyai kebolehan pemanduan berautonomi penuh. Kenderaan-kenderaan asas ini akan dikeluarkan oleh syarikat Volvo Cars dan dibeli dari Volvo oleh Uber. Volvo dan Uber menyumbang jumlah sebanyak USD300m untuk projek ini. Kedua-dua Volvo dan Uber akan menggunakan kenderaan asas yang sama untuk pergi ke peringkat baru strategi kereta pandu berautonomi syarikat masing-masing. Strategi ini termasuk Uber menambah sistem pemanduan berautonominya tersendiri pada kenderaan asas Volvo itu. Volvo juga akan menggunakan kenderaan asas itu untuk strategi kereta pemanduan berautonominya, yang akan melibatkan pemanduan berautonomi penuh. Kerjasama Volvo-Uber ini adalah suatu langkah penuh bermakna untuk perusahaan automotif, apabila pemgeluar kereta bergabung tenaga bersama syarikat Lembah Silikon yang berhajat untuk masuk alam industri kereta, menjadi tanda bagaimana industri automotif telah mengubah cara untuk menyambut kedatangan teknologi baharu. Usahasama seperti ini menandakan permulaan perkongsian perindustrian jangka panjang antara kedua-dua syarikat ini. [caption id="attachment_15289" align="alignnone" width="300"]Volvo Cars and Uber join forces to develop autonomous driving cars Volvo Cars and Uber join forces to develop autonomous driving cars[/caption] [caption id="attachment_15287" align="alignnone" width="300"]IntelliSafe Auto Pilot interface IntelliSafe Auto Pilot interface[/caption]