Jadualkan Uji Pandu anda dalam talian

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Hyundai dan Amazon telah bekerjasama untuk mengadakan sesi uji pandu Hyundai Elantra dari laman web Amazon. Program perintis ini, yang dinamakan “Prime Now. Drive Now.” adalah dibawah naungan servis penghantaran hari sama Amazon dan ia cara untuk menjadual uji pandu secara awal.  Idea ini didapati menarik memandangkan pelbagai kesulitan yang kadang-kadang terjadi di sesetengah kedai-kedai pengedar kereta Hyundai. Pembeli yang berminat boleh ke laman web Amazon dan menjadualkan sesi uji pandu 45-60 minit - dengan kereta dibawa oleh pengedar terus ke tempat kerja, rumah, kedai kopi, atau dimana-mana sahaja pembeli yang berminat itu berada. Seorang pakar terlatih akan juga bersedia untuk menjawab apa-apa soalan. Jika pembeli berminat untuk melakukan pembelian, mereka akan dibawa ke kedai pengedar Hyundai berhampiran untuk membuat pembelian. Ini adalah satu strategi jualan yang menarik. Mungkin suatu hari nanti, kita mungkin dapat membeli terus dari laman membeli-belah seperti Amazon. Di dalam negara, pengeluar kereta tempatan Proton turut menawarkan khidmat yang sama melalui Proton App mereka. (Baca semula di sini)