Honda berikan mekanik jika anda membeli NSX baharu

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Pembeli-pembeli supercar Honda NSX terbaharu di Australia akan mendapat mekanik peribadi dan tiga tahun jaminan serta servis percuma sebagai satu promosi oleh Honda Australia untuk memancing pembeli. Pengarah syarikat Honda Australia, Stephen Collins berkata mereka sedang mencari juruteknik sepenuh masa untuk menjaga setiap NSX yang dijual di Australia. "Strategi ini sama dengan strategi yang digunakan oleh syarikat supercar seperti Ferrari dan Lamborghini - jenama yang menjadi sasaran bagi model Honda NSX," ujar beliau. Collins juga berkata NSX sedang bersaing dengan kereta seperti Porsche 911 Turbo dan Audi R8.  Pelanggan-pelanggan Honda NSX akan membayar AUD$420,000 (RM1.2m) untuk membeli model canggih tersebut. Collins juga mengatakan yang mekanik tersebut juga akan bersedia jika diperlukan selepas waktu kerja. “Kami akan menyediakan seorang juruteknik utama yang mengenali kereta NSX ini luar dan dalam,” kata Collins. Australia adalah antara negara pertama yang akan menjual NSX yang panduan sebelah kanan. Honda pada waktu ini sedang berusaha untuk menghasilkan NSX variasi GT3, elektrik penuh dan versi Type-R. [gallery columns="2" size="medium" ids="15277,15279"]