Ulangtahun Isuzu MU-X jadi pesta memancing

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Isuzu Malaysia Sdn Bhd baru-baru ini merayakan ulang tahun pertama pelancaran SUV keluarannya, Isuzu MU-X, dengan satu kelainan. Buat julung kalinya, Isuzu Malaysia menganjurkan Pesta Memancing Isuzu MU-X di sebuah kolam memancing di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, untuk seramai lebih 50 tetamu VIP yang terdiri daripada pemilik SUV popular itu bersama keluarga mereka. Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia Hajime Machimura berkata bahawa pesta yang menyeronokkan itu adalah cara unik untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang memilih kenderaan gaya hidup yang terkenal daripada Isuzu. Acara ini juga bertujuan untuk menggalakkan pemilik Isuzu MU-X menggunakan kepelbagaian keupayaan dan fungsi kenderaan mereka untuk merasai keseronokan menyertai kegiatan riadah di luar. “Isuzu MU-X merupakan kenderaan yang sesuai bagi semua bentuk permukaan jalan yang membolehkan anda menikmati gaya hidup aktif tanpa kekangan ruang, keselesaan, keselamatan atau penjimatan minyak. Seperti yang digambarkan oleh slogan iklannya, ia benar-benar ‘bersedia untuk lebih’. Bagi kaki pancing, Isuzu MU-X menjadi kenderaan paling sesuai untuk mengharungi laluan mencabar menuju ke tempat memancing,” katanya. Isuzu Malaysia Exec Director Hajime Machimura (L), CEO Kenji Matsuoka (2... Mereka yang menyertai Pesta Memancing Isuzu MU-X dapat mengalami keseronokan menangkap ikan mereka sendiri di kolam air masin seluas satu ekar yang dipenuhi lebih tiga tan ikan siakap, jenahak dan kerapu. Pesta Memancing Isuzu MU-X menawarkan dua Hadiah Utama berupa set perkhemahan bernilai RM3,000 setiap satu daripada Coleman. Hadiah bagi ikan paling berat dimenangi oleh Muhammad Nazirul Fikri bin Samsudin.  Pemuda berusia 27-tahun dari Sungai Buloh ini berjaya menangkap seekor Kerapu Harimau seberat 4.6 kilogram dalam masa yang ditetapkan. Nazirul Fikri (right) with his 4.6kg Tiger Grouper that won him one of t... Azley Tsia dan Mohammad Azran kedua-duanya berjaya mengumpan tiga ekor ikan bulan. Mereka telah diisytiharkan sebagai pemenang bersama bagi kategori bilangan ikan paling banyak yang ditangkap. One of the Grand Prize winners, Azley Tsia (right) celebrating his win w... Sebagai jenama pakar rekreasi luar, Coleman menggunakan peluang itu untuk menggalakkan pemilik Isuzu MU-X berkhemah pada hujung minggu.  Menggunakan empat unit Isuzu MU-X serba guna sebagai ‘model’ utama, Coleman melengkapkannya dengan pelbagai peralatan yang menunjukkan bahawa perkhemahan kini suatu pengalaman yang boleh memberi keselesaan dan juga kemewahan. Isuzu MU-X membuktikan keunggulannya dengan memenangi gelaran Kereta Terbaik New Straits Times-Maybank bagi kategori SUV 4x4 terbaik pada 2015. Isuzu MU-X boleh didapati di semua bilik pameran Isuzu. Untuk senarai pengedar sah Isuzu, sila ke laman www.isuzu.net.my/home. [gallery columns="5" ids="15189,15188,15187,15182,15183,15185,15186,15181,15180"]