Maybach perkenal Vision 6

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Inilah dia Mercedes-Maybach Vision 6, kereta konsep kepunyaan syarikat Mercedes yang bakal dipersembahkan di pertunjukkan kereta-kereta mewah dan eksotik Pebble Beach Concours d’Elegance di Amerika Syarikat. Spy-Shots of Cars This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K vision-mercedes-maybach-6 Ia menunjukkan kemungkinan besar rupabentuk model kereta Mercedes untuk masa hadapan nanti. Dengan bonnet depan yang panjang, lampu depan yang amat kecil dan gril depan jenis “air terjun” yang mula kita lihat pada model Mercedes AMG GT-R, jelas menjadi usikan ciri rekabentuk kereta model Mercedes masa hadapan. mercedes-maybach-vision-6-6 Cermin tepinya bukan cermin, tetapi ia menggunakan kamera pandang belakang yang juga nipis, jelas membantu mengurangkan beban lawan angin (drag co-efficiency). Dari tiang C kearah belakang, ia menunjukkan sifat GT yang biasa dilihat pada kereta zaman 1930an. Adakah rekabentuk ini diterima oleh peminat-peminat dan pembeli-pembeli Mercedes nanti?