Harga Proton Persona dari RM47,000 dengan 3 tahun servis percuma

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Proton bakal melancarkan model Personanya minggu hadapan (23 Ogos 2016) dan harga yang dijangka ialah dari RM47,000 hingga ke RM61,000. Tiga varian diberikan:
  • Varian Standard
  • Varian Executive
  • Varian Premium (dengan atau tanpa bodykit)
Ada enam warna pilihan dengan nama yang sangat canggih:
  • Cotton White (Putih)
  • Fire Red (merah)
  • Sterling Silver (perak)
  • Graphite Grey (kelabu)
  • Quartz Black (hitam)
  • Camelian Brown (coklat)
Paling menarik, Proton kali ini menawarkan perkhidmatan servis percuma selama tiga tahun, termasuk alat ganti dan kos buruh sekiranya tempahan dibuat dari sekarang hingga 30 September. [gallery columns="4" size="medium" ids="14574,14583,14561,14580"] Proton juga nampaknya benar-benar menggunakan keselamatan sebagai senjata utama untuk menarik minat pengguna. Dengan kempen keselamatan yang semakin hebat dari MAi dan MIROS, masyarakat kian sedar akan kepentingan keselamatan. Proton Persona generasi kedua ini sarat dengan ciri-ciri tersebut. Antaranya ialah
  • Taraf 5-bintang Asean NCAP untuk semua varian Persona
  • Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC)
  • Traction Control
  • Hill-hold Assist
  • Titik ISOFIX untuk kerusi bayi dengan top tether
  • Brake Assist
  • Anti-lock Brake System (ABS)
  • Enam beg udara (varian Premium sahaja)
Hubungi Khidmat Pelanggan Proton di 1-800-888-398 atau layari www.proton.com atau cari mereka di Facebook di ProtonCarsOfficial. Persona open for booking