Melawat tempat baru dengan berbasikal maya

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Sesuatu yang menarik untuk mereka yang gemar berbasikal tetapi kesuntukan masa atau bosan berbasikal senaman. Salah satu cara yang terbaik untuk benar-benar mengenali sesuatu tempat adalah dengan berbasikal di sekitarnya. Tetapi ini mungkin sukar dari segi logistiknya, dan perjalanan merentas desa mungkin memerlukan persiapan dan cuti yang panjang, dan anda tidak boleh melakukannya begitu saja selepas waktu kerja. Bagaimana dengan menunggang basikal dalam realiti maya? Seorang pereka kod di UK telah berjaya menghasilkan satu sistem yang berjaya menggabungkan antara basikal senaman dan set kepala realiti maya Samsung Gear VR, dan dia kini di pertengahan cubaan tunggangan jarak jauh realiti maya pertamanya. Persediaan awalnya juga melibatkan banyak keperluan asas. Menggunakan Unity, dia membina sebuah aplikasi yang menarik imej dalam Google Street View panorama dan menayang mereka ke dalam ruang 3D.  Untuk perjalanan pertamanya, dia telah meliputi sepanjang UK, daripada Land's End di selatan sehingga John O'Groats di utara. Puzey berkata ia sebenarnya menjadi pengalaman yang begitu mengasyikkan secara amat mendalam dengan alat pandang dengar tersebut. "Saya seperti disedut ke dalam perasaan bahawa saya benar-benar berada di suatu tempat itu, dan saya terus mencuba untuk memegang hendal dan menunggang di sekitar." Dan yang paling penting, ia terbukti menjadi motivasi terbaik untuk mengayuh basikal. Dia kini di pertengahan perjalanan sejauh 1,450 km (secara maya), dan menemui bsnysk perkara untuk menghiburkan dirinya di sepanjang jalan. Konsep ini benar-benar hebat, dan ia akan menjadi sesuatu yang agak hebat sekali bila dilakukan dengan betul. Suapan video dengan pemandangan dan dikawal kayuhan boleh menjadikan senaman di atas basikal senaman sebagai pengalaman perjalanan dan pelancongan yang amat menarik! Masih boleh diperkemaskan, namun cukup untuk motovasi awal. Saksikan saja video di bawah. [embed]https://youtu.be/EZafa8PKad4[/embed]