Kereta pandu sendiri bawa mangsa sakit jantung ke hospital!

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Seorang pemilik kereta Tesla, Joshua Neally, berterimakasih kerana keretanya yang dia anggap telah menyelamatkan nyawanya.
Semasa memandu, Joshua telah diserang pulmonari embolisme, iaitu suatu jenis penyakit jantung. Mujur kereta jenis Model X milik Joshua yang dibeli seminggu sebelum kejadian itu dilengkapi dengan fungsi pemanduan sendiri secara automatik.
“Masa itu saya tidak boleh bernafas. Saya sempat menelefon isteri saya dan memberitahu dia yang saya sesak nafas. Saya terdesak. Saya harus ke hospital dengan segera,” kata Joshua, seorang peguam berusia 37 tahun.
Dia juga sempat mengaktifkan fungsi pengendalian automatik kereta Model Xnya itu agar menuju ke hospital sebelum dia jatuh pengsan. Kesempitan pembuluh darah telah membuat dia tidak sedarkan diri.
Neally berkata tanpa fungsi pemanduan automatik itu, beliau mungkin tidak sempat menyelamatkan dirinya.
“Fungsi pemanduan automatik ini mungkin masih belum sempurna, tetapi saya pasti ianya sesuatu yang penting dan selamat untuk dipakai,” ujarnya.
sumber: The Huffington Post
[caption id="attachment_14808" align="alignnone" width="620"]The Tesla Model X car is test driven at the company's headquarters Tuesday, Sept. 29, 2015, in Fremont, Calif. CEO Elon Musk says the Model X sets a new bar for automotive engineering, with unique features like rear falcon-wing doors, which open upward, and a driver’s door that opens on approach and closes itself when the driver is inside. (AP Photo/Marcio Jose Sanchez) Gambar hiasan: Tesla Model X [/caption]