Alex Yoong masih mendahului Kejuaraan Piala Audi R8 LMS

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Walaupun hanya mampu menghabiskan perlumbaannya pada kedudukan ke-5 pada Pusingan 6, pelumba terkenal negara Alex Yoong beruntung kerana dia masih berada di depan jumlah mata kejuaraan Audi R8 LMS Cup.
Ini kerana walaupun dia dan pelumba Alessio Picariello dari pasukan MGT Team kedua-duanya berkongsi 95 mata, Alex yang mememandu untuk pasukan Audi TEDA Racing Team,masih mendahului kejuaraan ini kerana dia telahpun memenangi 2 pusingan perlumbaan berbanding Alessio.
Alex adalah juara bertahan kejuaraan ini, dan merupakan pelumba pertama yang pernah memenangi kejuaraan ini dua kali berturut-turut.
Pusingan 5 dan 6 yang baru selesai semalam di Litar Sepang hujung minggu lepas menyaksikan aksi pertandingan yang sengit antara pelumba-pelumba pasukan Audi R8 LMS Cup terbaik di Asia.
Melalui prosedur permulaan bergolek atau rolling start, Alex dengan mudah mendahului kesemua pelumba lain pada permulaan perlumbaan Pusingan 5. Dengan menggunakan tayar yang masih baharu, dia berhasil menahan persaingan kuat dari tiga pelumba yang paling hampir dibelakangnya sebelum selekoh pertama, iaitu Rahel Frey dari Castrol Racing Team, Alessio Picariello dan pelumba yang bermula dari petak pertama, Edoardo Mortara dari Phoenix Racing Asia.
Seterusnya, tiada sesiapa yang boleh mendekati Alex yang langsung mara di kedudukan pertama sehingga hujung perlumbaan. Alex memintas garisan penamat dihadapan Eduardo, Rahel dan Alessio.
Nasib Alex bertukar pula di Pusingan 6 oleh kerana terpaksa membawa beban pemberat 50kg. Ini kerana syarat pertandingan meletakkan beban pemberat pada pemenang pusingan pertama di setiap litar. Kereta lumba R8 Alex memang jelas bertungkus-lumus dan tidak mampu untuk mengejar kereta lumba lain, dan Alex tertinggal dikedudukan ke-5 sebelum selekoh petama.
Walaupun tidak dapat melihat Alex meluncur ke depan, peminat-peminat masih dapat menyaksikan perlumbaan yang amat menyeronokan antara pelumba dari Eropah Alessio dan Eduardo bertarung sengit untuk kedudukan pertama yang berlangsung dari mula hingga akhir perlumbaan.
Pelumba wanita Rahel pula sentiasa berada dekat dengan kedua-dua pelumba ini, dengan mengekalkan kedudukannya pada tempat ke-3 hingga hujung perlumbaan.
Pelumba Jeffrey Lee dari Audi Volkswagen Taiwan berjaya memenangi kedua-dua pusingan pada kejuaraan sampingan Amateur Cup, mendahului disenarai mata dihadapan Sun Jing Zu dan Johnson Huang dari Absolute Racing.
Pusingan 7 dan 8 Piala Audi R8 LMS Cup akan berlangsung pada 24 dan 25 September 24 di Korea International Circuit, Yeongam, Korea.
201608131923296629_980_2x
Kedudukan Mata Kejuaraan Audi R8 LMS Cup selepas Pusingan 5 & 6 di Litar Antarabangsa Sepang:
1. Alex YOONG – 95
2. Alessio PICARIELLO – 95
3. Rahel FREY – 75
4. Martin RUMP – 71
5. Marchy LEE – 69
6. CHENG Congfu (Franky) – 50
7. Edoardo MORTARA - 44
8. Jan KISIEL – 37
9. Aditya PATEL – 26
10. Ryo OGAWA – 20