Land Rover perkenal Discovery Diesel

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd kini memperkenalkan Land Rover Discovery Sport varian berenjin diesel. Land Rover Discovery Sport 2.2L SD4 Diesel ini dikuasai enjin turbodiesel 2.2-liter, 190PS dan 420Nm yang digandingkan dengan transmisi automatik sembilan kelajuan. Land Rover Discovery Sport_7 Discovery Sport 2.2L SD4 ditawarkan pada harga RM450,000. (termasuk GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans.) SUV kompak premium 5+2-tempat duduk serba boleh ini kini ditawarkan bersama pelan ansuran percuma sehingga 12 bulan. Pilihan rebat tunai juga boleh didapati. Ia datang bersama waranti 5-tahun atau 150,000km, penyenggaraan terjadual percuma selama 5-tahun atau  80,000km dan bantuan tepi jalan 3-tahun, yang mana lebih awal. Land Rover Discovery Sport_4 Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Malaysia Sdn Bhd, Datuk Aishah Ahmad menjelaskan bahawa Discovery Sport yang dipacu enjin diesel menawarkan kombinasi kuasa, tork dan penjimatan minyak yang hebat untuk membawakan pemanduan luar biasa di atas jalan raya dan keupayaan luar jalan terbaik di kalangan kenderaan setarafnya yang selama ini mengangkat nama Land Rover. Land Rover Discovery Sport_6 Di antara ciri menarik adalah: Ciri Terrain Response® empat penetapan tujuh beg udara Kawalan Penurunan Bukit (HDC®) Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Cengkaman Elektronik (ETC) Stereng Bantuan Kuasa Elektronik (EPAS) Bantuan Permulaan Bukit Kawalan Kestabilan Olengan (RSC) Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC) Untuk maklumat lanjut atau mengatur sesi pandu uji, sila kunjungi cawangan jualan terdekat atau layari www.landrover.com.my.