Enjin yang nisbah mampatan berubah ubah dari Infiniti?

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Perlindungan alam sekitar kian menjadi keutamaan, dan para pengeluar enjin pembakaran kin lebih kreatif dalam usaha mereka untuk memerah lebih kuasa daripada pembakaran bahanapi. Dalam usaha memaksimakan kuasa enjin mengikut keperluan, jurutera sering cuba menyesuaikannya dengan kehendak kuasa. Beberapa cara yang telah diusahakan adalah dengan mengubah-ubah panjang corong kemasukan udara (intake) dan juga pemasaan injap boleh-ubah (variable-valve-timing VVT). Kini kita boleh lupakan semua itu, kerana Infiniti telah tampil dengan satu cara baharu untuk menyesuaikan enjin dengan keperluan kuasa agar menjadi lebih cekap. Infiniti kini memperkenalkan enjin dengan nisbah mampatan silinder yang berubah-ubah. Enjin turbo mampatan-berubah ini (Variable Compression-Turbo) baharu ini secara automatik menyesuaikan antara mampatan berkuasa tinggi 8: 1 dan mampatan cekap 14:1 sambil anda memandu. Enjin Infiniti yang pertama seumpamanya di dunia ini akan diperkenalkan di Paris Motor Show  pada tahun ini. Infiniti VC-T ini merupakan enjin 2.0 liter 4 silinder petrol bercaj-turbo dengan keupayaan untuk menaikkan atau mengurangkan lejang ombohnya, sekaligus memberikan kepelbagaian nisbah mampatan dari 8: 1 sehingga kepada 14: 1. INFINITI VC-T engine - 14 August 2016 - R3-42k Perubahan nisbah mampatan enjin ini bergantung kepada bagaimana anda memandu. Apabila anda menekan pedal pendikit ke bawah dan turbo mula bekerja keras, ini memaksa limpahan udara ke dalam silinder, dan campuran udara-bahan api menjadi lebih mungkin untuk meletus pra-matang. Itulah sebabnya enjin turbo berprestasi tinggi memerlukan nisbah mampatan yang lebih rendah. Tetapi apabila anda menyusuri jalan secara santai, anda akan mendapat penjimatan bahan api yang jauh lebih baik daripada enjin dengan mampatan yang lebih tinggi. INFINITI -VC-T tech jpg 4k Ciri utama teknologi enjin VC-T ini adalah keupayaan enjinitu  untuk menaikkan dan menurunkan ketinggian omboh dengan lancar. Akibatnya, sesaran enjin dan nisbah mampatannya boleh berubah-ubah di antara 8:1 (untuk prestasi tinggi) dan 14:1 (untuk kecekapan tinggi).  Enjin yang canggih ini dikawal dengan nisbah optimum setiap masa, bergantung kepada keadaan dan kehendak pemanduan yang diperlukan. Presiden Infiniti Motor Company, Roland Krueger berkata, “Teknologi VC-T ialah satu perubahan yang ketara bagi Infiniti. Ia merupakan revolusi lanjutan dalam mengoptimumkan kecekapan enjin pembakaran dalaman.  Kejayaan teknologi ini dapat menawarkan enjin petrol turbo 2.0-liter berprestasi tinggi dengan tahap kecekapan optimum pada masa yang sama.” Enjin VC-T ini mengubah nisbah mampatannya dengan menggunakan lengan penggerak yang mengubah sudut penghubung yang duduk di sekitar crankshaft, menaikkan dan menurunkan paras lejang omboh (TDC) tanpa menggerakkan aci oleng (crankshaft) atau pun kepala silinder. Kelebihan yang ditawarkan oleh teknologi VC-T ini adalah penjimatan penggunaan bahan api, penurunan pelepasan asap, pengurangan bunyi bising dan juga getaran yang ketara. Selain itu, enjin ini juga lebih ringan dan padat berbanding dengan enjin konvensional yang sama sesarannya. Maklumat lanjut mengenai enjin VC-T yang pertama di dunia ini akan dimaklumkan Infiniti di Mondial de l’Automobile pada 29 September, bersempena sidang akbar syarikat tersebut.