Honda Supercharged?

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Mungkin kami portal pertama Bahasa Malaysia yang memaparkan berita ini. Dalam diam, Honda diberitakan sedang merancang sebuah motosikal supercharged (caj-lampau?) yang akan mempunyai unit peningkatan kuasa tersebut dipasang di sebelah kiri enjin. Unit baharu ini dikatakan akan menguasai pelbagai motosikal baharu dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Paten unit supercharger mereka ini sudahpun didaftarkan di Eropah. Ini adalah lukisan paten untuk enjin baharu dengan sistem supercharger yang dikatakan itu terpasang. Jangan terpedaya dengan gaya motosikal yang digambarkan dalam paten ini, kerana telah diberitahu bahawa idea enjin ini adalah untuk model masa depan yang merangkumi beberapa saiz motosikal termasuklah jentera kelas pertengahan kecil dan tentunya beberapa buah superbike. Apa yang pasti adalah bahawa sistem supercharger baru ini juga mungkin akan digunakan dalam jentera jalanan lain, bukan sahaja 600cc dan 800cc tetapi bagi kapasiti yang lebih besar juga. Hmmm... menarik, kan? [caption id="attachment_14764" align="alignleft" width="620"]00200001 00200001[/caption]