Scrambler Ducati cantik dikustom tayar kebun!

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Sambil kami melakukan penyelidikan di laman sesawang tentang Scrambler Ducati tempohari (baca pelancarannya di sini), kami telah terjumpa beberapa gambar menarik motosikal itu dari Down & Out Cafe Racers di UK. fat-tire-motorcycle-5 Laris sekali di Eropah dan Amerika Syarikat, rupabentuk asas motosikal Scrambler ini jelas kelihatan dikekalkan, tetapi telah mendapat satu set roda kustom 17 inci, dengan tayar 180 / 55-17 TKC80. Nak bawak ke kebun cari durian pun sesuai ni! fat-tire-motorcycle-3 Down & Out Cafe Racers juga memasang sebuah pelana kustom, satu set penutup sisi, suspensi belakang Öhlins, ekzos Werkers dan fender atau madgad depan serta lampu baharu. Malah, mereka telah menambah sistem penghidup tanpa kunci pada jentera yang kelihatan retro ini! fat-tire-motorcycle-1 fat-tire-motorcycle-7 fat-tire-motorcycle-4 fat-tire-motorcycle-2 fat-tire-motorcycle-6