KTM RC16 tampil liveri Red Bull rasmi 2017

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
[caption id="attachment_14740" align="aligncenter" width="900"] Mika Kallio dengan jentera KTM RC16[/caption] Bagi yang menyaksikan perlumbaan MotoGP Austria semalam, tentunya teruja degan penampilan sulung jentera MotoGP dari pengilang tuanrumah iaitu KTM Racing. Jentera KTM RC16 MotoGP akan menyertai musim 2017 dan telah memaparkan warna liveri Red Bull untuk tahun depan. Mungkin tak lama lagi kita sudah boleh melihat jentera RC dengan penampilan skema warna ini di jalanraya Malaysia tak lama lagi. mike-leitner-mika-kallio-ktm-rc16-spielberg-2016.middle Skema warna kerjasama  KTM / Red Bull ini agak selari dengan skema warna biru dan oren seperti yang boleh dilihat pada skuad Red Bull KTM Moto3. Perbezaan besar sudah tentu lah spesifikasinya: 270hp yang dijana enjin V4 dan akan ditunggang oleh Bradley Smith dan Pol Espargaro. 2017-KTM-RC16-MotoGP-official-livery-05 Pada ujian MotoGP terdahulu di Spielberg, KTM RC16 ini direkodkan berada dua saat di belakang masa pusingan yang telah direkodkan jentera Ducati di trek Austria itu: satu petanda baik bagi projek MotoGP itu. Pusingan akhir kejohanan MotoGP musim 2016 di Valencia akan menyaksikan Thomas Lüthi dan Mika Kallio menunggang dengan jentera MotoGP ini sebagai penyertaan wild card. 2017-KTM-RC16-MotoGP-official-livery-02 2017-KTM-RC16-MotoGP-official-livery-04 Namun begitu perbandingan terbaik peserta baharu ini dengan jentera lain mungkin menjadi ujian MotoGP di Valencia selepas perlumbaan akhir musim itu kelak, yang akan menyaksikan Smith dan Espargaro menunggang jentera KTM RC16 mereka buat kali pertama . Jika anda sedang mencari baharu untuk komputer riba ataua latar belakang desktop, silakan muat turun gambar gambar resolusi tinggi ini. 2017-KTM-RC16-MotoGP-official-livery-03 2017-KTM-RC16-MotoGP-official-livery-06