ARCFOX-7: Kereta super elektrik dari China

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kereta apakah ini? Aston-Martin Vulcan? McLaren P1? Bukan. Ini adalah ArcFox-7, kereta super berkuasa elektrik buatan negara China. Sudah tentu tiada siapa yang boleh menyangka kereta buatan China boleh menandingi kereta super buatan Eropah seperti Porsche dan McLaren. ArcFox-7 dijana oleh dua motor elektrik yang boleh menghasilkan kuasa kuda sebanyak 600bhp dan tork 1000Nm. Ia memecut dari 0-100km/h dalam hanya 2.8 saat dan terus mencapai kelajuan tertinggi 260km/h. Kereta elektrik super sepanjang tiga meter ini mempunyai jarak perjalanan sejauh 300km pada satu caj. Boleh bayangkan ia tidak perlu berhenti untuk mencaj semula sepanjang perjalanan dari KL ke Johor Bahru. Terdapat dua versi - dua tempat duduk dan empat tempat duduk, bergantung pada kegunaan pemilik kerana ruang dalam kereta ini juga boleh disesuaikan dengan rekabentuk dan hiasan tersendiri pemilknya. ArcFox-7 ini ialah kereta dari pengeluar kereta China Beijing Auto Industry Corporation (BAIC) atau lebih dikenali dengan nama Beijing Auto. Terdapat banyak jenama kereta yang dikeluarkan oleh BAIC, misalnya, Senova, Foton and Changhe. Jika anda tidak pernah dengar jenama-jenama ini tidak mengapa. Tetapi anda mungkin lebih berminat untuk mengetahui yang BAIC juga mempunyai usahasama JV bersama Hyundai and Mercedes-Benz. ArcFox ialah jenama kereta elektrik dibawah BJEV, pengeluar kereta jenis elektrik yang menjadi sebahagian dari Beijing Auto. BAIC memiliki 60% saham BJEV. Selebih 40 peratus dibahagi antara syarikat kecil lain, misalnya LeEco, jenama kereta elektrik yang berhajat untuk bertanding dengan syarikat Tesla. Harganya ArcFox-7? Dalam 100,000 Yuan atau sekitar RM60,000. Jadi? Anda mahu ArcFox-7 atau Honda City? [gallery columns="2" size="large" ids="14518,14516,14517,14515"]