Proton tayang gambar hadapan Persona baharu

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Proton nampaknya semakin bersedia untuk melancarkan model terbaharu Persona. Beberapa jam tadi, Careta menerima gambar 'teaser" dari Proton, iaitu gambar hadapan Persona yang baharu. Nyata, walaupun nampak iras Iriz di situ, ia lebih agresif tetapi dalam masa yang sama, nampak eksekutif, sesuai dengan ciri-ciri sedan yang dibawanya. Persona baharu mempunyai beberapa ciri-ciri yang Careta rasa anda perlu rasakan sendiri. Antaranya ialah:
  • Enjin 1.6L VVT yang lebih bertenaga
  • Tranmisi CVT yang telah ditala agar lebih senyap dan tiada gegaran
  • Papan pemuka dengan plastik yang lebih baik dan trim dua tona yang cantik
  • Grafik pada konsol meter yang lebih ranggi
  • Penggunaan "rubberised plastic" pada tombol gear Persona CVT memberikan rasa lebih premium
  • Tempat duduk belakang dengan sudut lebih condong untuk keselesaan optimum
  • Ruang lega kepala mampu memuatkan penumpang belakang setinggi 6 kaki dengan selesa
  • Penggunaan tiga mounting points untuk enjin bagi pengasingan getaran harmonik yang lebih berkesan
  • Pengendalian di jalanraya yang stabil
Sebenarnya, kami pernah memandunya dan kani sangat yakin, ia pasti membanggakan rakyat Malaysia. Tunggu sahaja pelancarannya dalam minggu keempat bulan ini! Persona-teaser 2