XDiavel kruiser berjatidiri Itali berjiwa kustom

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Melihat Ducati XDiavel buat kali pertama mungkin cukup untuk membolehkan anda melihat hala tujunya. Pereka Ducati telah menjalankan tugas yang baik untuk mewujudkan sebuah motosikal yang mengingatkan anda kepada sebuah Harley-Davidson, tetapi dengan ciri dan sifat Itali yang menebal. Ducati-XDiavel-S-Launch-Jensen-Beeler-25 Anda juga mungkin menyedari bahawa motosikal ini memaparkan visual yang cukup nyata bagi menghubungkan XDiavel dengan model sebelumnya. Ducati-XDiavel-S-San-Diego-studio-action-09 Profil XDiavel ini mungkin akan mengingatkan anda kepada seekor lembu jantan yang ganas. Ducati XDiavel kelihatan seperti seekor lembu yang bersedia merempuh ke hadapan. Berbekalkan 156hp dan 96 lbs ft tork pada 5,000 rpm, XDiavel ini berbekal prestasi untuk menyokong tanggapan itu. Kilasan mudah pendikit mampu mengesahkan kesemua angka itu. Ducati-XDiavel-San-Diego-press-launch-08 Sebuah motosikal dengan dua penampilan, penampilan ala-Ducati dari XDiavel ini diserlahkan oleh lengan ayun tunggal sebelah, kerangka trellis keluli, dan peralatan bermutu tinggi seperti brek Brembo. Ducati-XDiavel-San-Diego-press-launch-22 Namun, jenama Itali ini turut memikirkan cara untuk membuat XDiavel lebih menarik bagi penunggang kruiser tegar harapkan. Oleh itu, XDiavel dipacu talisawat (belt drive), tangki bahan api yang besar dan panjang, posisi kawalan yang menunduk ke hadapan, dan hujung hadapan yang lebih ke depan. Ducati-XDiavel-San-Diego-press-launch-05 Keseimbangan antara jentera sports dan kruiser, Itali dan Amerika, warna merah dan hitam tampil dijalin dengan begitu baik. Pasukan reka bentuk Ducati harus diberikan pujian untuk ini. Di samping itu, Ducati telah membina XDiavel agar menjadi sebuah jentera yang mudah diubahsuai kustom. Ciri ini merupakan satu lagi keputusan yang mampu menarik pemilik baru untuk meneliti katalog alatganti Ducati, selain membakar minat mereka untuk memenuhi keperluan individualistik yang merupakan salah satu kecenderungan yang amat menebal dalam pemilikan jentera kruiser.