80% murid sekolah menunggang tiada berlesen

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Pengarah Bahagian Penguatkuasa (JPJ) Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk V. Valluvan Veloo dilaporkan mendedahkan bahawa kira-kira 80% daripada 117,000 pelajar  yang menunggang motosikal ke sekolah tidak mempunyai lesen. Angka itu diperoleh melalui kaji selidik bersama yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR). "Kajian ini juga mendapati bahawa ramai ibu bapa telah memberi kebenaran kepada anak-anak mereka untuk menunggang motosikal tanpa lesen. Alasan yang sering diberikan oleh ibu bapa adalah seperti kekurangan pengangkutan awam di kawasan mereka dan sibuk bekerja, yang memaksa mereka untuk memberi motosikal  kepada anak-anak mereka untuk pergi ke sekolah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kadet JPJ peringkat negeri Kedah di Sungai Petani semalam. Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan akan diambil termasuk merampas motosikal dan mengeluarkan saman kepada pelajar berkenaan. Walau bagaimanapun JPJ terlebih dahulu akan menjalankan program penerangan untuk meningkatkan kesedaran kepada pelajar dan ibu bapa mereka mengenai kepentingan mematuhi peraturan jalan raya, katanya. Sumber: Bernama