Uber dan Grab dapat kelulusan Kabinet

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Perkhidmatan perkongsian perjalanan Uber dan Grab dijangka akan diluluskan tidak lama lagi. Ini berikutan langkah kerajaan yang telah memberi lampu hijau kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk mengawal selia konsep teksi e-panggil itu sebelum akhir tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Azharuddin Mat Sah telah membentangkan pada mesyuarat Kabinet semalam berkenaan cadangan rombakan semula industri teksi konvensional dan mengembangkan lagi perkhidmatan pengangkutan dengan membenarkan perkhidmatan kontroversi Uber dan Grab untuk menjadi sebahagian daripada industri teksi tidak lama lagi. Kabinet diberitakan selesa dengan cadangan untuk mengubahsuai industri teksi dengan penambahbaikan model Teksi 1Malaysia (TEKS1M), memperkemaskan kumpulan teksi bajet dan cadangan mewujudkan dana khas untuk kenderaan teksi baharu. Kabinet juga diberitakan menerima cadangan pemberian permit teksi individu kepada pemandu teksi konvensional yang mempunyai rekod yang baik dan bersih, bersama satu mekanisme baru bagi syarikat-syarikat teksi untuk penambahbaikan perkhidmatan. Pada masa ini, terdapat kira-kira 77,000 pemandu teksi berdaftar di seluruh negara. Difahamkan juga bahawa Kabinet secara kolektifnya bersetuju bahawa kemasukan khidmat Uber dan Grab adalah penting untuk manfaat rakyat sebagai sebahagian usaha transformasi industri teksi dan . "Ia nya jelas bahawa rakyat mahu melihat peningkatan besar dalam perkhidmatan teksi," kata sumber atasan dari Jabatan Perdana Menteri. Langkah formaliti terakhir untuk meluluskan khidmat Uber dan Grab merupakan pembentangan pindaan undang-undang yang melibatkan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan di sidang Parlimen pada bulan November kelak. Dalam tempoh tiga tahun akan datang, dianggarkan kira-kira 150,000 pemegang permit individu baharu yang terdiri daripada pemandu Uber, Grab dan pemandu teksi konvensional akan wujud bersama-sama dalam penawaran perkhidmatan pengangkutan bagi rakyat. Di peringkat pentadbiran, kalangan pegawai-pegawai berpangkat tinggi SPAD diberitakan telah menghela nafas lega di selepas pembentangan cadangan itu diluluskan. "Ini merupakan hasil kerja yang telah mengambil masa yang panjang untuk mengumpul, berkongsi dan memuktamadkan idea-idea yang terbaik daripada pihak-pihak berkepentingan, bermula dengan makmal teksi yang dianjurkan November lalu," kata seorang pengurus SPAD. Walau bagaimanapun, masih samar lagi samada latihan dan pengeluaran lesen PSV akan kekal di bawah bidangkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan, atau sebagai tanggungjawab bersama dengan SPAD, apabila mengambilkira skop bidang kuasa bagi kenderaan perdagangan di Sabah dan Sarawak. Jurucakap SPAD ketika dihubungi berkata semua butiran yang dipersetujui oleh Kabinet semalam akan dimaklumkan kepada orang ramai seawal minggu depan. "Suruhanjaya itu akan memberi taklimat kepada pihak berkepentingan dahulu dan kami akan membuat pengumuman rasmi tidak lama lagi selepas menerima minit mesyuarat daripada Kabinet," kata jurucakap tersebut. Sumber: Laporan Shahrim Tamrin dalam theSundaily