Hadiri rumah terbuka Merdeka VW Malaysia

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Volkswagen Malaysia menyambut bulan Ogos dengan promosi Merdeka khas. dengan semangat perpaduan dan keharmonian negara. Mulai sekarang hingga 31 Ogos, siri rebat tunai pada model Volkswagen terpilih akan diberikan, iaitu RM10,000 untuk Vento, RM4,000 untuk Polo hatchback, dan RM2,000 bagi VW Golf. Selain itu, Volkswagen Malaysia juga akan menawarkan tawaran lain menarik semasa Rumah Terbuka Merdeka di seluruh negara, yang akan berlangsung pada  dua hujung minggu iaitu pada 13 dan 14 Ogos; dan 27 dan 28 Ogos 2016. Rumah Terbuka Merdeka VW memberi peluang kepada pelanggan untuk memandu uji model Volkswagen, di samping menikmati aktiviti untuk seisi keluarga. Tempahan kereta Volkswagen semasa Rumah Terbuka Merdeka akan melayakkan anda bagi pemberian khas untuk memenangi alat elektrik premium seperti tablet dan pemain muzik. Untuk maklumat lanjut mengenai Promosi Volkswagen Merdeka 2016, lawati bilik pameran Volkswagen terdekat anda atau layari www.volkswagen.com.my