Petronas Dynamic Diesel Euro 5 kini di Lembah Kelang

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Bahanapi mesra alam dan bersih Petronas Dynamic Diesel Euro 5 kini boleh didapati di Lembah Klang. Ia kini dijual runcit di enam stesen, iaitu
  • Taman Teknologi PETRONAS Station Malaysia 1,
  • Mutiara Damansara (Arah Utara)
  • NKVE (arah Damansara)
  • Solaris Putra
  • Solaris Serdang (arah selatan) dan
  • Lebuhraya Sprint Highway
Bahanapi Euro 5 bebas sulfur ini meningkatkan perlindungan dan kecekapan kenderaan yang dilengkapi dengan alat rawatan pelepasan ekzos yang terbaru. Pada tahun lepas Petronas telah memperkenalkan banhanapi Dynamic Diesel Euro 5 ini di Johor. Bahanapi yang menyampaikan prestasi unggul ini dibangunkan melalui pengalaman Petronas dalam perlumbaan Dakar Rally untuk memberikan perlindungan enjin, pemulihan kuasa dan pembakaran bersih untuk penjimatan bahan api yang unggul dan perlindungan yang membolehkan pemandu untuk mengalami prestasi maksimum daripada enjin mereka. Bahanapi moden ini juga disediakan untuk penyesuaian perubahan dalam permintaan pengguna berikutan pengenalan model kereta baru yang akan mendapat manfaat paling besar daripada diesel Euro 5. Petronas telah mengenal pasti lebih 25 stesen di Lembah Klang yang akan menawarkan diesel baru dalam tahun ini. Ini adalah tambahan kepada kedua-dua stesen di Johor, iaitu Stesen PETRONAS Pasir Gudang Highway 2 dan Gelang Patah, yang merupakan antara yang pertama memperkenalkan bahan api pada bulan Disember 2014. Petronas Dynamic Experience-19