KTM sertai Moto2?

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
KTM kan turut sertai Moto2 pada musim depan Khabarnya jenama Austria KTM kini telah disahkan akan turut menyertai Kejohanan Dunia MotoGP dalam kategori Moto2, seiring dengan penampilan sulung mereka dalam MotoGP. Ini juga bermakna bahawa KTM akan membina casis perlumbaan motosikal di sekitar enjin pengilang saingan mereka, kerana seperti yang kita ketahui kelas Moto2 ini dikuasakan oleh enjin Honda CBR600R. Namun pengeluar Austria ini serius mengenai kehadiran perlumbaan Grand Prix mereka, dan merasakan bahawa mereka perlu melibatkan diri dalam ketiga-tiga kelas pertandingan. Ketua Pegawai Eksekutif KTM Stefan Pierer baru-baru ini telah memberitahu penerbitan Speedweek Jerman mengenai projek Moto2 baru-baru ini. Pierer mendedahkan bahawa jenama Austria itu akan berlumba dalam Kejohanan Moto2 bermula pada tahun 2017, dengan pasukan yang diketuai oleh Aki Ajo. Brad Binder dan Tom Lüthi diberitakan akan menjadi pelumba Moto2 KTM untuk musim sulung mereka ini. Lüthi kini berada di kedudukan keempat dalam Kejohanan Moto2, dan mempunyai rekod enam kemenangan perlumbaan Moto2. Sementara itu, Brad Binder telah mencuri perhatian ramai dalam Kejohanan Moto3, dan kini mendahului dengan kelebihan 47 mata. Kejuaraan Moto2  akan hanya dikuasai enjin Honda sehingga penghujung musim 2018. Ini bermakna bahawa dari 2019 dan seterusnya, Moto2 akan memerlukan pembekal enjin baru. Adakah berita ini memberi isyarat tentang masa depan KTM? Setakat ini Pierer berkata tidak ada rancangan untuk motosikal Moto2 KTM sepenuhnya, namun beliau juga tidak pernah mengatakan tidak. WP-KTM-Moto2-Almeria-2016