J.D. Power sahkan pelangan Porsche paling puas hati

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Jenama Porsche sekali lagi memenangi klasifikasi keseluruhan kajian berprestij  J.D. Power APEAL oleh institut penyelidikan pasaran Amerika iaitu J.D. Power. Di samping itu, model Porsche 911 Boxster dan Macan mendapat tempat pertama dalam kategori mereka. Kajian itu dijalankan dengan melibatkan lebih 80,000 pemilik kereta baru, dengan penilaian lebih daripada 245 model oleh 33 pengeluar dalam 10 kategori. "Keputusan kaji selidik pelanggan mengesahkan strategi kami," kata Oliver Blume, Pengerusi Lembaga Eksekutif Porsche AG. "Perhatian utama dalam semua unit perniagaan adalah pelanggan kami. Apa yang begitu penting bagi kami bukan sahaja produk tetapi juga perkhidmatan dan komunikasi dengan pelanggan kami di seluruh dunia. " Porsche berada di tempat pertama tahun ini sekali lagi dengan mendapat 877 daripada sejumlah 1,000 mata. Ini juga bermakna bahawa pengeluar kereta sports ini telah mencapai kedudukan yang paling tinggi dalam klasifikasi keseluruhan untuk kali yang kedua belas berturut-turut. Sejak tahun 2004, pelanggan Amerika telah menunjukkan bahawa kereta sports dari Zuffenhausen ini mempunyai pelanggan yang paling berpuas hati. Tiga model dari Porsche juga turut mendapat mencapai keputusan cemerlang dalam kategori mereka. 911 muncul teratas dalam kategori "Kereta sports Premium saiz sederhana" dengan 893 mata. Porsche Boxster pula telah berjaya mencapai kemenangan dalam kategori "Kereta Sports Premium Kompak" dengan 892 mata. Dan Macan, sebagai ahli bongsu daripada keluarga mereka, menjaringkan 876 mata untuk memimpin dalam kategori "SUV Premium Kompak". Kajian APEAL ini dijalankan setahun sekali antara November 2015 dan Februari 2016, dan J.D. Power menjalankan kaji selidik ini bagi pelanggan kereta baharu selepas 90 hari mereka menerima kenderaan mereka. Edisi kajian ke-21 tahun ini menyoal pemandu kereta baharu mengenai 77 ciri-ciri dalam 10 kategori. Di antara sifat-sifat dinilai oleh pemilik adalah "hiasan dalaman" dan "dinamik pemanduan".