Steve Wyatt menangi Ferrari Challenge Sepang

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Pusingan keempat Ferrari Challenge Asia Pasifik berakhir Ahad lepas di Litar Antarabangsa Sepang di Malaysia dalam suasana suhu trek yang sangat tinggi berlegar sekitar 50 darjah Celsius. Perlumbaan pertama berlangsung dramatik, manakala yang kedua adalah agak menakjubkan. Dengan persaingan sengit antara 26 pemandu di litar, Steve Wyatt dari Australia dan Liang Wang dari China mengulangi kemenangan mereka dari Perlumbaan-1 dalam kelas masing-masing, manakala Huilin Han dari China menjuarai klasifikasi Pirelli AM dalam Perlumbaan Kedua. IMG_6396 Kelas Profesional: Trofeo Pirelli Steve Wyatt bermula di petak pertama sekali lagi di litar kegemarannya. Dalam menghadapi pertempuran sengit dengan pemandu Indonesia Renaldi Hutasoit pada permulaannya, Wyatt berjaya menjauhkan dirinya dari kumpulan hadapan selepas 3 pusingan. Wyatt terbukti tiada tandingan dan tamat juara buat kali kedua pada hujung minggu ini. Hutasoit mengambil tempat kedua, diikuti rakan senegara, David Tjiptobiantoro. Dengan kemenangan ini, Wyatt mendahului dalam kedudukan keseluruhan mengatasi Hutasoit dan Merckx. Kedua-dua pencabar ini berpeluang untuk mengejar Wyatt di Singapura, Fuji serta Finali Mondiali di Daytona. Race 2 Pirelli AM Winners Kelas Amatur: Pirelli AM Xin Jin dari China berminat untuk meneruskan rentak kemenangan dalam kelas Pirelli AM dan mendapati dirinya mendahulu sehingga pusingan 13 apabila dia dikenakan penalti pandu-lalu. Rakan senegara Fellow Huilin Han, yang mengikuti di belakang, mengambil peluang untuk maju ke hadapan untuk menempatkan dirinya di atas podium. Eric Cheung dari Kanada menduduki tempat kedua di belakang Han manakala Jin meraih tempat akhir saguhati di podium. Race 2 Coppa Shell Winners Kelas Kemasukan: Coppa Shell Liang Wang dari China mengekalkan penguasaannya dalam jadual kedudukan Coppa Shell dengan kemenangan mudah ke atas Ken Seto dari Jepun dan Sam Lok masing-masing dari Hong Kong, di tempat kedua dan ketiga. Seto dan Lok, walaupun cuba untuk mengejar Wang, hanya tidak dapat mencari peluang untuk memintasnya. Piala Gentlemen pula dimenangi Paul Montague dari Australia. Pusingan seterusnya Cabaran Ferrari alkan kembali ke litar jalanan Singapura selepas rehat 4 tahun, sebagai salah satu perlumbaan sokongan Grand Prix Formula One pada 16-18 September kelak. [gallery columns="5" ids="14369,14370,14371,14372,14373,14375,14376,14377,14378,14379,14380,14381,14382,14383,14384,14385,14386,14387,14388,14389,14390,14392,14393,14394,14395,14396,14397,14398,14399,14400,14401,14402,14403,14404,14405,14406,14408"]