Naza Kia diiktiraf Lima Teratas oleh J.D. Power

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Pengedar rasmi kenderaan KIA iaitu Naza Kia Malaysia telah dinobatkan kedudukan tempat keempat dalam kajian Indeks Khidmat Pelanggan Malaysia J.D. Power 2016. Kajian ini mengukur kepuasan perkhidmatan secara keseluruhan di kalangan pemilik yang mengambil kenderaan mereka ke pusat servis yang ditauliah dengan meninjau prestasi pengedar dalam lima faktor iaitu kualiti perkhidmatan, permulaan servis, ambilan kenderaan, nasihat perkhidmatan dan kemudahan servis. Naza Kia Malaysia kini mempunyai 46 pusat perkhidmatan di seluruh negara yang memberi perkhidmatan kepada lebih 6000 pelanggan setiap bulan. Ada juga pusat servis mereka yang diiktiraf 'Antara Terbaik' dalam kajian tersebut, malah satu-satunya jenama dalam kumpulan sepuluh teratas untuk mencapai kedudukan itu. Keputusan Kajian ini adalah berdasarkan kepada jawapan daripada 3,257 pemilik kenderaan baru yang membeli kenderaan jenama pasaran massa mereka (tanpa jenama premium) antara Februari 2014 dan Mei 2015, dan mengambil kenderaan mereka untuk perkhidmatan ke pusat servis yang dibenarkan di antara Ogos 2015 dan Mei 2016. Kia Sorento