Taurus 2X2 - motosikal ringkas boleh lipat dari Russia

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kadang-kala negara Russia menghasilkan sesuatu yang praktikal, khusus untuk kegunaan penduduknya yang ramai itu.

Taurus 2X2 ialah sebuah motosikal atau skuter ringan dengan pacuan dua roda, yang boleh digunakan dalam bidang pertanian ataupun riadah.

Rangka ringkas Taurus menggunakan tayar berdiameter 25-inci dan 12-inci lebar, dan kedua-dua tayar dipacu menggunakan sistem pacuan yang mudah (rantai).

Enjin 210cc 4-lejang petrol disambung ke sebuah kotak gear dengan dua kelajuan, mampu mencapai halaju maksima 35 kmsj. Ya, ia perlahan tetapi Taurus ini sangat praktikal. Dengan berat hanya 93 kg (termasuk semua aksesori), skuter Taurus ini boleh terapung di atas air.

[gallery columns="2" size="large" ids="14354,14355"]

Oleh kerana ia terlalu ringkas, sistem gantungan dibuang dan sebagai ganti, tayar gemuk itu menggunakan tekanan udara serendah 3 psi agar mampu menyerap segala hentakan dan gegaran.

Sekiranya anda mahukan ia menjadi lebih ringan, ada kit optional untuk menggunakan enjin “chainsaw”, menjadikan ia hanya seberat 63 kg. Penulis pun malu kerana beliau lebih berat dari skuter ini.

Anda cuma memerlukan lima minit untuk membuka Taurus ini untuk dimuatkan ke dalam but sebuah SUV. Menurut laman web Taurus, ia dijual sebagai alatan sukan dan tidak boleh didaftarkan untuk kegunaan atas jalanraya.

[gallery columns="2" size="large" ids="14356,14357"]

Cadangan untuk dieksport keluar dari Russia mungkin bermula seawal tahun hadapan dengan harga di bawah RM5,500, tanpa cukai.

Menarik bukan? Sesuai untuk petani dan pesawah!

Lihat video Taurus ini beraksi di sini. [embed]https://youtu.be/Vxmy5JVbGhk[/embed]