Aplikasi MyProton kini boleh dimuat turun

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Proton Holdings Berhad kini memperkenalkan MyProton, iaitu satu aplikasi mudah alih baharu bertujuan untuk memberi kemudahan pemilikan kereta Proton kepada pelanggan Proton dan pada masa yang sama memmudahkan mereka dan bakal pelanggan untuk mengatur pandu uji kereta Proton. Aplikasi inikini tersedia unntuk dimuat turun dari kedua-dua platfor aplikasi Google dan Apple App. Melalui aplikasi MyProton, pelanggan Proton disediakan kemudahan berikut di hujung jari mereka melalui peranti mudah alih mereka: · Temujanji untuk memandu uji kereta Proton; ·  Temujanji untuk perkhidmatan servis kereta; · Sambungan ke  pusat panggilan Mobile Assist untuk bantuan; · Maklumat mengenai semua model Proton; · Kemaskini promosi dan acara semasa; · Lokasi semua pengedar PROTON dan servis; · Sambungan ke saluran media sosial  PROTON - Facebook, Instagram dan Youtube; dan · Sebuah kalkulator pinjaman Dalam fasa seterusnya, MyProton akan menyediakan akses mudah untuk pelanggan bagi menyemak status tempahan kereta mereka, melihat sejarah perkhidmatan kereta mereka, dapatkan peringatan untuk kereta berikutnya serta banyak kemudahan lain. Photo 1 Photo 7 Photo 2 Photo 3 Photo 4 Photo 5 Photo 6