Para pemain Leicester City kini miliki BMW i8

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Leicester Citytelah  berjaya mengatasi cabaran besar final Liga Perdana Inggeris musim ini apabila mereka mengatasi kesemua pesaing yang lebih kuat dan lebih kaya dengan skuad mereka yang rata rata kekurangan superstar utama. Tetapi, jika para pemain Leicester menyangka ucapan tahniah bertalu talu dipenghujung permainan berakhirnya begitu saja, pemilik pasukan itu pula telah membuktikan yang sangkaan mereka itu salah. Ini kerana para pemain Leicester City yang menjulang trofi Liga Perdana Inggeris itu masing masing telah dihadiahkan dengan sebuah kereta spots yang berharga  £100,000. Armada 19 buah BMW i8 itu telah dihantar ke Stadium King Power yang di mana mereka sering berlatih. Pengerusi Leicester City Vichai Srivaddhanaprabha dari Thailand telah membelanjakan hampir £2 juta untuk membeli 19 buah kereta BMW i8 bagi setiap anggota skuad  juara musim itu. 15051098-large