Para akademik dan pakar Malaysia bergabung bangunkan kenderaan hibrid Le Mans

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Sebuah syarikat yang menjaga kepentingan harta intelek hasil daripada penyelidikan di universiti iaitu RESPECT akan bekerjasama dengan Ultra Impact Technologies Sdn Bhd (UIT) dalam program penyelidikan, pembangunan, inovasi dan komersial untuk teknologi kenderaan cekap tenaga. Untuk itu, sebuah kenderaan lumba kelas Le Mans Prototype 3 akan digunakan sebagai platform program ini, bermula dengan pembangunan sistem Kinetic Energy Recovery System (KERS) yang cekap dalam kosnya dan modular. Kenderaan ini akan dibangunkan mengikut ketetapan ACO dan FIA, dan kemudiannya dijangka akan menyertai perlumbaan Asian Le Mans Sprint Cup pada tahun 2017 sebagai sebuah kenderaan hibrid. Walaubagaimanapun, kenderaan ini tidak akan mengutip sebarang mata atau berada di dalam klasifikasi kerana ia bertujuan hanya untuk menunjukkan bahawa kenderaan lumba eksperimen yang dibangunkan oleh pasukan Malaysia ini lebih laju, cekap bahan api dan cukup tahan untuk berhadapan perlumbaan jarak panjang seperti Le Mans. MoU Exchange Projek ini juga bertujuan untuk memacu inovasi terhadap pengurangan kos dalam sistem hibrid yang digunakan dalam sukan permotoran dan seterusnya memberikan kebaikan kepada pasaran automotif massa. RESPECT akan mengetuai pasukan penyelidikan dan pembangunan teknologi yang terdiri daripada pakar automotif dari universiti dan institut penyelidikan sementara UIT pula akan mengetuai pasukan industri yang terdiri daripada pakar teknikal dengan bantuan daripada rakan kongsi teknikal seperti Hewland Engineering dari United Kingdom dan Onroak Automotive dari Perancis. Kerjasama ini juga akan meningkatkan sasaran negara untuk menjadi hab serantau bagi kenderaan cekap tenaga seperti yang digariskan dalam Polisi Automotif Negara (NAP) 2014 oleh Malaysia Automotive Institute (MAI). Sebagai tambahan, REPAC yang merupakan syarikat perniagaan sektor persendirian yang dimulakan oleh MAI juga telah menjalin kerjasama dengan Asian Le Mans untuk membuka pasaran bagi Asian Le Mans sebagai salah satu cara untuk meningkatkan ekosistem berantai pengedaran automotif domestik. Kerjasama ini juga mendapat sokongan Agensi Inovasi Malaysia (AIM). LMP3 Car