Tahniah Faizal - lulus ujian pelatih BMW Motorrad

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pasti ingat Faizal Sukree, ahli perniagaan yang dalam misi menunggang BMW F800 GS beliau untuk mengelilingi dunia.

Kami pernah menulis tentang beliau bulan lalu dan dalam laporan kami (lihat berita tersebut di pautan ini), beliau akan mengambil ujian di Munich untuk menjadi pelatih BMW Motorrad berbangsa Melayu yang pertama di Malaysia.

Careta baharu mendapat berita gembira dari beliau di mana Faizal menyatakan kesyukuran kerana lulus ujian tersebut.

WhatsApp Image 2016-08-08 at 8.52.42 PM

"Ujian itu berlangsung selama lapan hari dan ia membabitkan pengetahuan yang sangat meluas mengenai segi teknikal motosikal dan bukan terhad kepada skil menunggang sahaja," ujar beliau dari Jerman.

"Hubungan media sosial seperti Whatsapp atau Facebook dan segalanya diharamkan dalam tempoh tersebut, serta kami diuji pengetahuan teknikal mengenai sebuah motosikal.'

"Contohnya, tekanan tayar pada permukaan bumi dalam situasi tertentu. Kiraan perlu dilakukan. Memang gaya orang Jerman cukup berlainan. Sangat teliti dan mereka mahu setiap pelatih tahu sebab-sebab saintifik kenapa motosikal itu bergerak dalam keadaan tertentu," terang Faizal.

"Seitap mod penunggangan pada jentera BMW tersebut perlu diterangkan perbezaannya secara terperinci. Daya pecutan, daya tujahan ketika turun atau mendaki bukit, semuanya memerlukan pengiraaan formula matematik."

"Ramai yang mempunyai skil penunggangan yang baik tetapi tetap gagal kerana tidak mampu melakukan penerangan," ujar beliau yang nyata sangat gembira akan keputusan tersebut.

"BMW Motorrad mahukan setiap pelatih menjadi duta kepada jenama tersebut, dan untuk itu, seorang duta perlu tahu setiap inci mengenai motosikal-motosikal BMW."

Menurut Faizal lagi, dari 18 orang yang mengambil ujian off-road, lima gagal.

"Ujian on-road lebih sukar Dari 13 peserta yang layak, tujuh gagal."

Faizal akan meneruskan perjalannya ke Nordkapp, Norway dalam misi mengelilingi dunia.

WhatsApp Image 2016-08-08 at 9.20.29 PM

Dan malam ini, adik beliau menjadi wakil kepada Faizal untuk menerima anugerah dari Malaysian Book of Records sebagai antara individu Malaysia yang berjaya dalam misi peribadi mereka.

Syabas Faizal! Terima kasih kerana mengharumkan nama Malaysia!