Proton lancarkan aplikasi khas untuk pelbagai khidmat

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Satu aplikasi mudah alih baharu diperkenalkan oleh Proton bagi memudahkan orang ramai untuk menikmati khidmat dari syarikat pengeluar kenderaan negara itu. Ia bernama MyProton dan boleh didapati untuk peranti Android serta iOS. Bagi pemilik kenderaan Proton, melalui aplikasi ini, mereka boleh membuat temu janji untuk servis atau penyelenggaraan kenderaan serta sambungan terus ke Proton Mobile Assist sekiranya memerlukan bantuan. image Sementara itu, khidmat lain yang ditawarkan melalui aplikasi ini termasuk untuk seluruh orang ramai adalah seperti temu janji untuk memandu uji kereta Proton, maklumat mengenai semua model Proton, maklumat terkini mengenai promosi dan acara semasa, lokasi jualan PROTON dan pusat-pusat perkhidmatan, kalkulator pengiraan pinjaman dan sambungan ke saluran media sosial PROTON (Facebook, Instagram dan Youtube). Dalam fasa yang seterusnya, aplikasi ini akan dikembangkan supaya boleh menyemak status tempahan kereta, rekod penyelenggaraan, peringatan untuk menyelenggara kereta dan banyak lagi. [gallery ids="14280,14281,14282,14283,14284,14277,14276"]